Thursday, December 10, 2015

Sedarlah Wahai Orang Melayu..... Berikut Adalah Jawapan Beliau Apabila Ditanyakan "Mengapa Nak Join DAP?"

Setelah bekerja di pejabat saya selama lebih dari setahun, Sdri Fatin Nurul Syamimie telah membuat keputusan untuk memasuki DAP. Berikut adalah jawapan beliau apabila ditanyakan "mengapa nak join DAP?"

"DAP” sering dilihat sebagai parti politik yang anti Islam dan anti Melayu, bahkan sejak dari kecil, saya dan ramai remaja lain sering dimomokan media massa dan masyarakat sekeliling tentang keburukan DAP, seolah-olah tiada langsung kebaikan yang dibuat oleh parti tersebut.

Nak dikutkan, Parti UMNO dan PAS pula lebih kepada Melayu, tetapi kenapa tak ada orang nak komplain? Umum mengetahui, di Malaysia kita terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama, tetapi adakah adil sekiranya apabila bangsa Melayu boleh berkumpul dan bersatu untuk memajukan Malaysia, tetapi menjadi satu kesalahan apabila bangsa Cina didalam DAP ingin bersatu, malahan dituduh ingin merampas Malaysia serta bersifat berkauman? Sedangkan pada hakikatnya, bangsa Melayu sendiri yang takut untuk mendekati parti DAP sehingga membuatkan ahli dari parti ini kebanyakannya berbangsa Cina.

Saya merasakan Parti DAP sebagai parti yang lebih “Open” dan stabil untuk generasi muda seperti saya dan dapat dilihat, semakin ramai anak-anak muda Melayu sudah mula tertarik untuk menyertai parti ini. Sebab utama penyertaan saya sebagai ahli DAP ialah, parti ini memerlukan ramai bangsa Melayu dan bangsa-bangsa lain untuk bersama membangunkan negara dan berjuang menentang kezaliman. Saya dapat melihat parti ini ada menyediakan platform bagi generasi-generasi muda menapak dalam bidang politik. Saya juga membuat keputusan ini setelah melihat keikhlasan mereka melakukan kerja-kerja amal seperti membantu mangsa-mangsa banjir di Kelantan ketika bencana tersebut melanda Malaysia pada tahun lalu. Bukan itu sahaja, tetapi banyak lagi pertolongan yang mereka berikan tanpa melihat warna kulit, kaum dan agama. Ini ternyata jauh sekali dari persepsi masyarakat yang memandang DAP sebagai sebuah parti yang bersifat perkauman.

Tambahan pula, saya kini bekerja di Pusat Khidmat Masyarakat Balakong, (Ahli Dewan Negeri Selangor, Y.B Tuan Ng Tien Chee atau Eddie Ng) hal ini sedikit sebanyak mendorong saya untuk lebih mendalami dan mempelajari perihal parti tersebut dengan dibantu oleh Y.B sendiri. Semenjak bekerja di sinilah, saya semakin berminat dengan politik dan sentiasa mengikuti perjalanan politik Malaysia. Saya juga mula melihat DAP pada sudut yang berbeza dari yang digambarkan sebelum ini, ternyata DAP bukanlah parti komunis dan bukan juga parti yang anti Islam seperti yang dimomokan oleh media, masyarakat dan musuh parti sejak sekian lama. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment