Thursday, December 10, 2015

Muhyiddin Dakwa PM Cuba Rasuah Beliau Untuk Tutup Mulut?... Udah Udah Lah Meroyan Tu...

Dalam ucapan panjang lebar Tan Sri Muhyiddin Yassin di majlis bersama Timbalan Presiden UMNO di Kelab Sultan Sulaiman semalam, beliau mendakwa bahawa Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menawarkan sejumlah wang yang cukup lumayan untuk beliau menutup mulut tentang banyak perkara.

Dakwa beliau, Datuk Seri Mohd Najib cuba menyogok beliau dengan sejumlah wang yang cukup lumayan bagi menyuruh beliau mendiamkan diri tentang isu 1MDB, isu derma RM 2.6 bilion dan pelbagai isu lain. Menurut beliau, beliau menolak wang berkenaan kerana kononnya beliau mahu menegakkan kebenaran yang beliau simpan selama ini.

Ironinya, dalam pelbagai dakwaan yang beliau keluarkan sebelum ini, inilah dakwaan paling serius yang beliau lemparkan terhadap Datuk Seri Mohd Najib. Persoalannya kini, kenapa beliau memilih untuk mengumumkan perkara ini dalam majlis yang dikhususkan untuk para “pemberontak” UMNO? Kenapa beliau tidak mengemukakan laporan terhadap SPRM diatas dakwaan beliau ini?

Dalam ucapan yang sama, beliau juga seolah-olah memperlekehkan agensi keselamatan negara seperti PDRM, SPRM dan Jabatan Peguam Negara. Perkara yang sama turut diulangi oleh Tun M yang seolah-olah mendakwa semua agensi yang menyiasat pelbagai dakwaan terhadap Datuk Seri Mohd Najib, seolah-olah dikawal oleh seseorang yang cukup berkuasa bagi memastikan hasil siasatan menampakkan imej bersih.

Jelas disini, dakwaan liar sebegini semakin berleluasa dan seolah-olah mereka langsung tiada rasa bersalah apabila mengeluarkan dakwaan dan tuduhan yang tidak berasas ini. Sewajarnya, selaku orang yang disegani oleh pelbagai lapisan masyarakat, mereka harus mengemukakan bukti terhadap setiap dakwaan mereka.

Namun apa yang terjadi, kedua-dua individu berkenaan memilih untuk mengeluarkan kenyataan yang langsung tidak disokong dengan sebarang bukti. Seperti dakwaan Tan Sri Muhyiddin, didalam akta SPRM, sebarang unsur rasuah samada berbentuk tawaran mahupun bukti secara langsung, haruslah dilaporkan kepada SPRM. Namun apa yang dilakukan oleh Tan Sri Muhyiddin, hanya mendakwa tanpa sebarang bukti.

Bagi dakwaan Tun M pula, adakah beliau kini senada dengan Datuk S. Ambiga, Marina Chin dan Datuk Seri Anwar yang mempertikaikan bidang kuasa yang ada terhadap pasukan PDRM, SPRM dan Jabatan Peguam Negara yang dilihat hanya menjadi orang suruhan Perdana Menteri sehingga tergamak beberapa individu ini menggelarkan mereka sebagai “anjing UMNO”.

Kini, adakah Tun M dan Tan Sri Muhyiddin juga sama senada seperti mereka? Jika itulah yang terjadi, ianya merupakan perkara yang amat menyedihkan sehingga mengheret rakyat juga percaya terhadap persepsi yang mereka lemparkan. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment