Thursday, December 10, 2015
Apa Pendapat Anda Sebagai Seorang Islam.....?
Menurut jurucakap G25, Datuk Noor Farida Ariffin berkata, berdasarkan
prinsip Perlembagaan Malaysia, mereka menentang sebarang hukuman
terhadap perbuatan khalwat jika dilakukan di rumah persendirian kerana
itu adalah hak dan privasi setiap individu.
"Perbuatan khalwat di tempat peribadi adalah dosa peribadi antara
pelakunya dengan Allah kecuali jika dilakukan di kawasan awam, namun
Malaysia adalah satu-satunya negara yang menjatuhkan hukuman terhadap
kesalahan itu."
“Ini bertentangan dengan Islam. Apa orang buat di dalam rumah sendiri,
anda tidak boleh ketuk pintu pada pukul 3 pagi dan menahan mereka, ini
bertentangan dengan prinsip perundangan Islam, dosa peribadi adalah
antara diri sendiri dengan Allah.
“Anda boleh masuk neraka atau tidak, atau apa sahaja tetapi bukan urusan
undang-undang menghukum anda ke dalam penjara kerana melakukannya
secara privasi di rumah, bukan taman awam,” tegasnya dalam sidang akhbar
selepas Forum Islam Dalam Demokrasi Berparlimen di bangunan Persatuan
Alumni Universiti Malaya (PAUM).
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment