Thursday, December 10, 2015
Tindakan Muhyiddin Bawa Malang Kepada UMNO
KUALA LUMPUR : Veteran UMNO menzahirkan rasa kecewa dan kesal dengan
tindakan Timbalan Presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang
menghadiri dan berucap dalam satu perjumpaan di Kelab Sultan Sulaiman
pada Isnin lalu.
Setiausahanya, Datuk Mustapha Yaakub berkata, ?Muhyiddin tidak
sepatutnya terperangkap dengan kumpulan penyokongnya yang cuba
mengeruhkan lagi keadaan.
“Sebagai pemimpin yang banyak berpengalaman, Veteran amat terkejut
dengan tindakan beliau itu,” katanya dalam satu kenyataan medianya hari
ini.
Mustapha berkata, manakala tindakan Muhyiddin tidak menghadiri Majlis
Taklimat Presiden semalam telah meletakkan dirinya dalam keadaan yang
lebih sukar.
“Ianya mendedahkan dirinya untuk dikritik secara terbuka dan menguatkan
tuduhan untuk JawatanKuasa Disiplin mengambil tindakan keatasnya.
“Adalah malang sekiranya beliau didapati bersalah dan berkemungkinan dipecat dari Umno,” katanya.
Ujar Mustapha lagi?, tindak tanduk Muhyiddin kini dilihat seperti ‘membakar jambatan’ yang tidak mungkin berpatah balik.
“Bak kata pepatah beliau sudah ‘berkerat rotan berputus arang’. Amat
malang sekali sekiranya itu berlaku dalam keadaan Umno menunggu untuk
menyambut ulang tahunnya yang ke-70 bulan Mei tahun depan.
“Paling malang kerana Umno akan berdepan dengan cabaran hebat menjelang PRU14 nanti,” katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment