Thursday, December 10, 2015
Khairy Jamaluddin Hanya Syok Sendiri Di PWTC?
Baguslah kalau Ketua Pemuda UMNO Malaysia ni nak jadi juara rakyat
didalam isu-isu yang berbangkit. Tapi nampak macam ada yang tak kena
saja bila mereka hanya sibuk menghentam kenaikan harga Tol berbanding
isu-isu yang lain.
Khairy dalam ucapannya semasa Perasmian perhimpunan sayap di PWTC
berkata, beliau dan Pemuda UMNO akan berjuang untuk rakyat bawahan. Kata
Khairy lagi, dia akan tetap lantang bersuara bagi mengelakkan
kesengsaraan rakyat.
Dalam masa yang sama, Khairy mengutuk pihak-pihak tertentu yang
mengatakan Pemuda UMNO sebagai populis dan juga menangguk di air keruh.
Masalahnya.., benarkah Khairy bukan seorang yang populis dan suka
melawan tauke?
Jika didalam isu GST dan juga TPPA Khairy menyatakan bahawa Pemuda UMNO
bertindak menyertai debat bersama mahasiswa bagi menerangkan keperluan
dua isu berkenaan dilaksanakan, mengapa didalam isu Tol serta kenaikan
tambang, Khairy dan Pemuda tak berbuat perkara yang sama?
Dalam isu Tol dan kenaikan harga tambang pengangkutan awam, Khairy serta
Pemuda memilih untuk membantah serta menghentam kerajaan, sebaliknya
didalam isu GST dan TPPA pula Khairy hanya sekadar berdebat dengan
Mahasiswa?
Apakah ini bukan sikap populis yang ditunjukkan oleh Ketua Pemuda UMNO
itu? Adakah Khairy hanya sekadar mencari publisiti murahan dengan
membantah kenaikan Tol serta tambang pengangkutan awam didalam ucapan
perasmian sayap?
Bagaimana pula dengan tuduhan terhadap Presiden parti yang kini semakin
menggila dari beberapa pemimpin UMNO sendiri? Apakah Khairy serta Pemuda
hanya menyorok dibelakang songkok ataupun Pemuda turut sama bersetuju
dengan serangan tersebut? Kenapa Pemuda UMNO langsung tidak bangkit
mempertahankan Presiden mereka sendiri?
Didalam isu 1MDB dan juga dana politik RM 2.6billion, dimana suara
Khairy serta Pemuda UMNO? Bukan kah isu ini juga menjadi buah mulut
rakyat serta membuatkan rakyat tidak berpuas hati? Mengapa tiada usaha
dari Khairy mahupun Pemuda UMNO untuk menerangkan tentang persoalan ini?
Ataupun.., adakah Pemuda UMNO juga bersetuju dengan desakan untuk
Perdana Menteri meletakkan jawatan apabila hanya berdiam diri dan
langsung tak bersuara? Jangan ingat rakyat tak tahu permainan Khairy!
Hanya dengan menganjurkan Fit Malaysia dan juga program belia yang syok
sendiri, itu tidak akan membantu generasi muda menyokong UMNO. Generasi
muda sepatutnya harus diperjelaskan dengan se'detail' mungkin terhadap
isu-isu semasa yang timbul.
Kalau setakat mahu turut sama membantah kenaikan Tol dan juga tambang
pengangkutan awam, apa bezanya Khairy dengan Rafizi serta Tian Chua?
Apa bezanya Pemuda UMNO dengan Pemuda PKR dan DAPSY?
Rakyat tidak minta Pemuda UMNO jadi populis.. Rakyat yang menyokong UMNO
mahu Pemuda menjadi benteng kepada Presiden serta dasar-dasar kerajaan.
Rakyat yang menyokong UMNO mahu melihat Pemuda yang berani seperti di
zaman Hishamuddin Hussin, Zahid Hamidi serta Anwar Ibrahim!
Jika Khairy mahu menjadi populis dengan hanya mementingkan isu-isu
terpilih, buat saja seorang diri. Jangan libatkan institusi Pemuda UMNO
kerana Pemuda sejak dahulu dianggap 'perisai' kepada Presiden serta
'pahlawan unggul' kepada kerajaan Barisan Nasional.
Kini, apa sudah jadi pada Pemuda UMNO di bawah jagaan Khairy? Setakat
buat futsal dan naik motor masuk kampung beramai-ramai semasa
pilihanraya kecil, itu langsung tak ada impak kepada pengundi baru.
Dimana suara Khairy dan Pemuda ketika Presiden UMNO dihentam oleh
pembangkang dalam pelbagai fitnah? Dimana perjuangan Khairy dan Pemuda
UMNO ketika kerajaan Barisan Nasional diserang bertubi-tubi oleh
pembangkang setiap hari?
Jadi, inikah yang Khairy katakan usaha Pemuda UMNO untuk membuat UMNO
kembali popular dikalangan rakyat? Khairy ni dah mabuk nikotin Vape ke
apa?
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment