Thursday, December 10, 2015
Najib Hanya Pandai Himpunkan Jasa Orang... 22 Tahun Berbanding Najib Berapa Tahun?
KUALA LUMPUR : "Datuk Seri Najib Tun Razak (Presiden Umno) hanya
menghimpunkan jasa-jasa presiden Umno sebelum beliau dan mengakui
semuanya adalah kebaikan daripada dia," sindir bekas Presiden Umno, Tun
Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai ucapan dasar presiden
yang disampaikan Najib bersempena perasmian Perhimpunan Agung Umno 2015
di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini, hari ini.
Bercakap di program Sesi Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad di Auditorium
Muzium Kesenian Islam hari ini, Mahathir turut mempersoal kebaikan yang
dibawakan oleh Najib ke dalam parti keramat itu.
"(Dalam ucapan hari ini).. Dia kata Umno parti penuh kebaikan...
(Dengan Umno) orang boleh jadi peguam, boleh jadi doktor.. Yalah, itu
semua masa sebelum dia jadi presiden parti.
"Saya nak tanya, apa yang dia perkenalkan ke dalam parti sejak dia jadi
Presiden? (Cuma) 1Malaysia," bidas Mahathir disambut tepukan hadirin
yang hadir.
Menurut Mahathir, 1Malaysia yang dicipta Najib telah menyebabkan
terhapusnya dasar ekonomi baharu yang sepatutnya membela nasib orang
Melayu di negara ini.
Menurutnya lagi, orang Melayu sepatutnya dibantu memandangkan ekonomi
kaum lain selain bumiputera bertapak lebih kukuh di negara ini.
"Saya bukan benci kaum lain. Tetapi Melayulah yang sepatutnya dibantu
kerajaan. Kaum lain sudah kaya. Mereka ada duit. Melayu ada apa? Siapa
nak bantu mereka?" ujar beliau lagi.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment