Monday, December 28, 2015

Syarikat Telco Akan Beri Rebat Kepada Pelanggan Prabayar Malaysia Bermula 1 Januari 2015 – 31 Dis 2016

http://img.astroawani.com/2013-01/71357129899_295x200.jpg
KUALA LUMPUR : Selaras dengan pengumuman Kerajaan semasa Belanjawan 2016 pada bulan Oktober, syarikat-syarikat telekomunikasi akan memberikan rebat kepada pelanggan prabayar individu yang merupakan warganegara Malaysia, selama satu tahun sepanjang 2016.

Rebat yang bersamaan dengan jumlah GST akan dikreditkan terus ke dalam akaun prabayar mereka, berkuatkuasa 1 Januari 2016 hingga 31 Disember 2016.

Ini bermakna pelanggan yang menambah nilai RM10, pada mulanya akan mendapat kredit sebanyak RM9.43, di mana GST 6% akan ditolak daripada tambah nilai tersebut.

Pelanggan akan menerima rebat sebanyak RM0.57 dalam tempoh 24 jam. GST yang dibayar oleh pelanggan akan dikumpul dan dibayar kepada Jabatan Kastam, selaras dengan Undang-Undang dan garis panduan GST bagi semua barangan dan perkhidmatan yang digunakan.

Syarikat-syarikat telekomunikasi telah berusaha untuk memastikan proses peralihan berjalan lancar supaya pelanggan tidak menghadapi sebarang masalah apabila membuat tambah nilai. Syarikat-syarikat telekomunikasi juga telah dan akan terus melabur secara berterusan dalam menaik taraf rangkaian negara untuk memastikan pelanggan memperoleh pengalaman yang berkualiti.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment