- Kerugian BMF – RM 10 billion
- Kerugian Forex – RM 33 billion
- Kerugian Perwaja – RM 10 billion
- Kerugian MAS – RM 20 billion
- Jumlah Besar – RM 73 billion
Thursday, December 10, 2015
RM 73 Billion Lesap Di Zamannya Masih Mahu Tunjuk Angkuh?
Nada angkuh dan berulang-ulang Tun
Mahathir Mohamad dalam mengkritik kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak,
seolah-olah memberi bayangan 22 tahun dia menjadi Perdana Menteri dulu,
segalanya sempurna dan cantik-cantik belaka di negara kita ni.
Terlalu banyak masalah sebenarnya kalau nak cakap, ramai orang hari ini pun tahu cuma tak larat nak singkap satu-satu.
Cakap pasal duit negara saja, secara
RASMI (tepat dari sumber) 22 tahun jadi Perdana Menteri, pentadbiran
Mahathir melesapkan sebanyak RM 73 billion wang negara. Pecahannya
adalah seperti berikut:-
Rasmi, yang tak rasmi ada lagi lah tu tapi kerana platform ini
platfom fakta saja, maka ketepikanlah yang tak rasmi tu dulu. Benar,
Barry Wain tulis RM 100 billion tapi rasmi yang kita sebutkan ni – RM 73
billion SAHAJA dulu.
Nak dikatakan disini, banyak-banyak
billion tu semua dah lesap. Lesap bukan macam hutang, lesap maksudnya
lesaplah. Boleh jawab macam mana sekalipun, tetap lesap jugak, apa
gunanya lagi?
Kenapa ia tidak jadi isu pada waktu itu,
seperti mana sekarang, hanya satu sebab – Facebook, Twitter dan media
sosial yang lain masih tidak wujud, kalau tidak bak kata orang putih
(yang telah dialih bahasa), Perdana Menteri pada waktu itu boleh “mati
berdiri”.
Ini baru betul LESAP duit rakyat, bukan
HUTANG RM 42 billion tu (dah dapat balik RM 18 billion, Edra saja)!!
Macam itu punya banyak lesap pun masih nak berlagak dengan mengatakan
orang lain tak kena itu dan ini.
Dengan Najib dah menjawab isu hutang RM
42 billion itu , sekarang kita nak Mahathir jawab pasal RM 73 billion
ini sekarang, berani ke?
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment