Thursday, December 10, 2015

Muhyiddin Muncul Di PWTC... Enggan Bercakap Dengan Wartawan

Selepas tidak hadir majlis taklimat Presiden UMNO Selasa malam,Tan Sri Muhyiddin Yassin muncul di Pusat Dagangan Dunia Putra awal petang Rabu.

Beliau tiba sekitar jam 2.45 petang bersama isterinya Puan Sri Noraini Abdul Rahman

Kehadiran beliau telah mencuri perhatian orangramai sekitar PWTC.

Para jurugambar dan wartawan terus bersesak mengekori pergerakannya.

Beliau telah singgah melawat perhimpunan Pemuda UMNO kemudian Puteri UMNO dan selepas itu Wanita UMNO.

Selain itu Muhyiddin  juga melawat kawasan gerai jualan di aras 3 PTWC.

Turut sama muncul di PWTC ketika itu ialah Naib Presiden UMNO Datuk Seri Shafie Apdal.

Sementara itu usaha wartawan untuk bercakap dengan beliau gagal.

Beliau terus jalan ke keretanya selepas lawatan itu.

Muhyiddin cuma angguk kepala saja dipercayai tanda 'ya' bila wartawan tanya samada beliau datang tak mesyuarat khas Majlis Tertinggi UMNO malam ini. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment