Thursday, December 10, 2015
KJ Mengamuk Nak Pukul Ahli UMNO di #PAU2015
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang diminta untuk menegur anggota
Umno yang merokok di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sempena
Perhimpunan Agung Umno (2015) mengatakan akan menggunakan kekerasan
terhadap mereka yang melanggar peraturan kerana PWTC merupakan kawasan
larangan merokok.
Menurut Khairy, sekiranya beliau sendiri nampak mana-mana anggota Umno
yang merokok di dalam PWTC, beliau tidak teragak-agak untuk memukul dan
menyebat individu terbabit.
"Saya tak tahu, kalau saya tahu saya dah pukul mereka dan kalau saya sendiri nampak saya dah sebat mereka," kata Khairy.
Beginikah ciri-ciri pemimpin yang dijadikan ikon kepada belia apabila
mahu menegur kesalahan orang dengan menggunakan kekerasan?? Apa salahnya
sekiranya beliau menegur kesalahan orang tanpa menggunakan sebarang
kekerasan??
Patutlah apabila terdapat kes seperti mencuri atau sebagainya pesalah
akan dibelasah oleh belia 'prihatin' sehingga separuh mati tanpa disoal
terlebih dahulu kerana ikon memberi contoh seperti itu.
Malah, ekoran kejadian menghukum orang menggunakan hukum akal sendiri
itu juga orang bukan Islam telah memandang Islam sebagai agama
pengganas, Walhal Islam itu agama lembut dan mendidik.
Islam tidak pernah mengajar kita untuk menegur kesalahan seseorang itu
dengan menggunakan kekerasan, sebaliknya tegur dengan sebaiknya walaupun
orang itu tidak 'makan saman' dengan teguran kita.
Selain itu, Islam juga mengajar kita untuk menegur pesalah dengan tidak
menegur pesalah dikhalayak ramai. Sebagai contoh jika terdapat ahli
Umno yang merokok di kawasan larangan, sebaiknya Khairy perlu mendekati
pesalah dan memberi teguran agar pesalah tidak mengulangi kesalahannya
dan bukannya memekik dari jauh untuk menarik perhatian orang
disekeliling.
Jadi, Khairy perlu memperbetulkan cara teguran beliau terhadap mereka
yang telah melanggar peraturan dengan menggunakan landasan betul, jangan
menghukum dengan hukuman gangster beliau... Jangan tunjukkan Islam itu
sebagai agama pengganas.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment