Thursday, December 10, 2015

UMNO Hulur Tali Silaturrahim Buat PAS...

Datuk Seri Najib Razak berterus-terang dalam ucapan perasmian Perhimpunan Agung UMNO tadi bahawa beliau 'lega' dan gembira kerana PAS tidak lagi bersama pakatan pembangkang tajaan DAP.

Beliau bahkan mengundang parti saingan tradisi itu untuk bersama UMNO dalam meningkatkan syiar Islam di negara ini.

“Dengan hati yang terbuka dan nubari yang merdeka, kita hulurkan tali silaturrahim...kita hulurkan ikatan ukhuwah menuju kesempurnaan membina sebuah Malaysia di atas syariatnya,” kata Najib.

Walaupun UMNO mendambakan perpaduan ummah namun Najib menegaskan, apa yang paling utama dan paling mustahak adalah untuk menyokong kesatuan serta solidariti dalam UMNO itu sendiri terlebih dahulu.

Najib memetik madah dan kata-kata hikmat Sheikh Abdullah Fahim yang merupakan datuk kepada mantan Perdana Menteri Pak Lah Badawi untuk mengambarkan hasrat beliau.

Madah lama yang berbunyi

anak punai, anak merbah,
terbang tinggi buat sarang,
anak sungai kan berubah,
inikan pula hati orang.

Dan kemudiannya kata-kata Sheikh Abdullah Fahim, bahawa:

…orang Islam perlu memperbaiki perbalahan sesama mereka,… dan setelah berdamai,… penyatuan yang terbina itu diharap akan berkekalan.

…Kerana,… itulah satu-satunya senjata yang boleh memperkuatkan perpaduan orang-orang Melayu dan Islam.

173. Malah, apabila bercakap tentang perpaduan ummah ini juga, teringat saya kepada ayat suci Al-Quran, yang dimasyhurkan oleh pujangga Arab bahawa:

…jika kita terlalu suka pada seseorang atau sesuatu kumpulan, maka berpada-padalah, kelak kita mungkin menjadi terlalu benci pada seseorang atau kelompok itu.

…sebaliknya, jika kita terlalu benci pada seseorang atau sesatu kumpulan, maka berpada-padalah juga, mana tahu satu hari kelak, kebencian itu berubah kepada rasa suka dan cinta kepada mereka. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment