Wednesday, March 25, 2015
Anak Beranak Dinasti Lim DAP Makin Langsi
25 Mac 2015 : Baru sahaja semalam Setiausaha Agung DAP, Lim
Guan Eng buat sandiwara luar tabie memutuskan hubungan kerjasama dengan
Presiden PAS, Abdul Hadi Awang tetapi di masa yang sama masih nak
bersekedudukan dengan PAS.
Entah mana punya sifir politik yang dipelajarinya. Dah tunggang
terbalik serupa macam jantan gersang yang gila nak menikah dengan anak
perempuan orang tapi dengan si bapa perempuan tak pula ingin bertegur
sapa minta keizinan.
Langsung tiada hikmah dalam membuat keputusan, tak hairanlah sejak
dulu hingga sekarang pergaduhan sesama PR tak pernah kunjung padam. Ada
sahaja opera Cina yang nak dipentaskan.
Hari ini giliran Penasihat DAP, Lim Kit Siang tunjuk lagak samseng
mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya segera
mengumumkan pendirian mengenai isu rang undang-undang hudud dalam tempoh
48 jam.
Konon-konon tujuan nak gasak MCA dan Gerakan supaya menari ikut
rentak tari DAP, tapi tak pasal-pasal sana-sini dalam internet dan di
luar dunia maya orang PR sendiri jadi menyampah dengan perangai langsi
Kit Siang.
Kedua-dua beranak dinasti Lim DAP ini memang makin hari makin kerek
semacam saja perangainya. Suka-suka anak dia nak perlecehkan orang dan
sesuka hati bapak dia nak tunjuk besar kepala pada orang lain. Memang
langsi betul.
Bapak borek anak rintik. Dua-dua langsi dan kurang ajar.
Itu baru jadi pembangkang yang mendominasi pakatan. Kalau jadi
kerajaan harus dia punya langsi terbawa-bawa dengan tindak-tanduk biadap
melampau-lampau.
Kita tahulah sekarang DAP tengah kepanasan dan membuak-buak rasa
marah pada PAS, tapi apa kaitan pula nak heret sama DS Najib dalam
kemelut pakatan yang sejak zaman berzaman dulu tak pernah kenal erti
diam dan damai?
Kalau DS Najib umum sekarang, apa Kit Siang ingat kemelut berantakan
dalaman pakatan pembangkang akan selesai ke? DS Najib sokong atau tidak,
tetap tidak akan menyelesaikan sengketa DAP dan PAS, faham betul-betul
hakikat itu.
Siapa Kit Siang untuk tentukan bila PM perlu umum
keputusan? Suka-suka tok nek dia nak desak orang sesuka hati. Tua-tua
keladi makin tua makin langsi. Betul-betul si tua tak sedar diri.
Disediakan oleh : EDITOR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment