Monday, March 23, 2015

Pas Kekal Di DUN Chempaka Dengan Majoriti 10,092 Undi

22 Mac 2015, Kota Baharu : PAS berjaya mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka apabila calonnya Ahmad Fatha Mahmood@Mahamad mengalahkan empat calon bebas, dengan majoriti 10,092 undi.

Ahmad Fathan, Ketua Urusan Ulama PAS DUN Chempaka memperoleh 10,899 undi, dalam pilihan raya kecil DUN itu hari ini.

Calon bebas iaitu bekas Naib Presiden Perkasa Kelantan Sharif Mahmood mendapat 807 undi; Yang Dipertua Pertubuhan Keturunan Paduka Raja Cik Siti Wan Kembang Fadzillah Hussin (89 undi); bekas pensyarah Izat Bukhary Ismail Bukhary memperolehi (51 undi); dan ahli perniagaan Aslah Mamat (27 undi).

Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus PRK, Ibrahim Bakri Mat Deris di Dewan Bitara Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pengkalan  Chepa di sini pada 9 malam.

safe_image
Turut berada di dewan berkenaan untuk meraikan kemenangan calon PAS itu ialah Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Proses pengundian berjalan lancar dengan 55 peratus daripada 21,890 pengundi berdaftar telah keluar mengundi berbanding 85.90 peratus pada pilihan raya umum ke-13.

PRK itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi DUN itu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 12 Feb lepas.

Pada pilihan raya umum ke-13, Nik Abdul Aziz yang juga bekas menteri besar Kelantan mengalahkan calon Barisa. Nasional (BN) Wan Razman Wan Abdul Razak dengan majoriti 6,500 undi.

Nik Abdul Aziz memperoleh 12,310 undi manakala Wan Razman mendapat 5,810 undi.

BN memutuskan tidak bertanding pada PRK kali ini bagi memberi tumpuan kepada kerja pemulihan pasca banjir setelah Kelantan dilanda bencana luar biasa itu pada Disember tahun lepas.

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

No comments:

Post a Comment