Saturday, March 14, 2015

Pelaburan 1MDB Dengan PetroSaudi Untung USD 488 juta


14 Mac 2015 : Dakwaan bahawa urusniaga 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan syarikat pelaburan antarabangsa PetroSaudi sebagai satu urusniaga yang mencurigakan dan penuh korupsi sangat tidak masuk akal. 

Ini kerana urusniaga terbabit telah memberi keuntungan kepada 1MDB sebanyak USD 488 juta atau lebih kurang RM 1.3 Bilion.

Tun Dr. Mahathir Mohamad mungkin tidak terbaca maklumat mengenai urusniaga ini apabila menulis dalam blognya semalam mempertikaikan kredebiliti Petrosaudi.
Ada yang disebut berkenaan Petro Saudi yang juga menerima bayaran ratusan juta dolar dari 1MDB Benarkah Petro Saudi ini mendapat konsesi kawasan minyak dan gas di Argentina, di Turkmenistan dll. Apa buktinya? Benarkah JV dibuat dengan Petro Saudi sebelum ‘due diligence’ dibuat. Katanya sementara 1MDB melabur USD1 billion dalam JV dengan Petro Saudi, tetapi Petro Saudi tidak melabur satu sen pun. Apa jadi kepada wang IMDB dalam JV tidak jelas.
Tuduhan Tun Mahathir bahawa tidak jelas apa yang terjadi kepada wang pelaburan dalam Petrosaudi agak kurang tepat. Ini kerana maklumat mengenai pelaburan ini telah diumumkan oleh 1MDB sejak menjalankan kerjasama tersebut. Malah pada tahun lalu 1MDB mengumumkan penarikan balik pelaburannya dalam Petrosaudi dan menuntut seluruh pelaburannya.

Pada Januari 2015, 1MDB mengumumkan bahawa mereka telah mendapat semua pelaburan mereka dalam PetroSaudi beserta dengan keuntungan sebanyak USD 488 juta.
Pada 2009, 1MDB dan sebuah syarikat Arab Saudi telah menjalin usahasama untuk memudahkan kerjasama ekonomi jangka panjang di antara Malaysia dan Arab Saudi.

Sebagai sebahagian daripada usahasama ini, kami membuat pelaburan ke dalam sebuah syarikat usahasama (joint fund) dengan syarikat tersebut, yang ditubuhkan untuk membuat pelaburan ke atas projek-projek yang akan menjana manfaat kewangan dan strategik untuk kedua-dua negara.

Walau bagaimanapun, disebabkan pelbagai faktor, kedua-dua pihak akhirnya memutuskan untuk tidak meneruskan rancangan ini. Kesan daripada itu, pelaburan kami dalam syarikat usahasama tersebut telah ditukarkan kepada instrumen pendapatan tetap dalam bentuk nota Murabaha, yang pada dasarnya adalah sebuah pinjaman, dengan kadar faedah tahunan sebanyak 8.75%. Pinjaman ini telah dibayar sepenuhnya, pada jumlah AS$2.318 bilion dengan keuntungan sebanyak AS$488 juta, pada 2013.
Penjelasan ini telah ada dalam laman web 1MDB sejak Januari 2015 dan juga dipaparkan dalam pelbagai media massa. Justeru tidak timbul 1MDB menjalankan urusniaga rahsia atau perniagaan dengan Petrosaudi meragukan.

Dipetik daripada sumber : www. mykmu. net

No comments:

Post a Comment