Saturday, March 14, 2015
Golongan ‘ustaz bermasalah’ Wujud Dalam PAS
14 Mac 2015 : Golongan ‘ustaz bermasalah’ dikatakan wujud
dalam Pas kerana mereka tidak memahami kehendak realiti sebaliknya hanya
tahu menghafal al-Quran dan hadis.
Kritikan itu dibuat oleh Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mohamed Hanipa
Maidin yang menyatakan bahawa golongan tersebut terlampau memberi fokus
terhadap satu isu sehingga lupa kepada isu-isu lain yang hangat
diperdebatkan ketika ini.
Jelas beliau, kewujudan ustaz seumpama itu dalam parti kerana mereka
terlampau `sayang’ kepada Islam sehingga melahirkan golongan ekstremis
yang hanya mahu menganggap Islam itu hak inklusif.
“Senjata paling ampuh untuk pecahkan pakatan adalah isu hudud, sebab
apabila isu hudud dilontarkan, orang Pas lupa isu lain seperti Akta
Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Hasutan, 1Malaysia Development
Berhad (1MDB), semua hanya bercakap pasal hudud membincangkan benda
sama. Ini masalah apabila kebanyakan ustaz berperangai macam ini. Ustaz
dalam Pas memang bermasalah.
“Ustaz-ustaz ini hanya menghafal, tidak ada pemikiran kritikal yang
tidak berhubung dengan masyarakat, hanya tahu menghafal dan kemudiannya
‘muntahkan’ balik,” katanya.
Dipetik daripada sumber : Utusan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment