Sunday, March 22, 2015

Hudud Buktikan Pakatan Haram Sememangnya Tak Pernah Wujud


krisi-dalaman-pr-hancur
22 Mac 2015 : Sudah empat hari pembentangan Hudud yang disampaikan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakub selesai, namun ramai pihak khususnya para pemerhati politik tanahair masih belum lagi selesai berbicara mengenai usaha meminda enakmen jenayah syariah itu.

PAS dan UMNO secara asasnya sebulat suara dalam usaha melaksanakan hudud di Kelantan. Namun Barisan Nasional keseluruhannya dijangka akan diumumkan Selasa ini. Manakala DAP dan PKR bertegas tidak mahu hudud dilaksana.

Sehingga kini, DAP yang kini dibantu PKR semakin galak menghentam PAS setiap hari, terutama Kerajaan PAS Kelantan dan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din Al-Hafiz. PAS pula tidak mahu mengalah, malah turut menyerang balas.

Saya melihat, perkembangan tidak berkesudahan itu tidak akan selesai selagi PAS atau DAP bertindak mengumumkan mana-mana parti untuk keluar dari Pakatan Haram. Dari sudut politik, PAS dan DAP kini membuktikan bahawa mereka sememangnya tidak sehaluan sejak dari azali lagi.

DAP cabar PAS untuk keluar dari Pakatan Haram, dan begitu juga sebaliknya PAS mahu DAP keluar dari pakatan yang tidak sepakat itu jika tidak bersetuju dengan perlaksanaan hudud. Masing-masing asyik “ding dong, ding dong”, tapi tiada parti yang umum keluar dari Pakatan Haram.

Kenapa jadi begitu? Pada pandangan saya, ia adalah disebabkan PAS dan DAP sekadar bersandiwara. PAS mahu memenangi hati umat Islam, manakala DAP mahu memenangi hati golongan bukan Islam, khususnya majoriti masyarakat Cina.

dap-tolak-hudud-pas
PAS mahupun DAP tidak akan keluar dari Pakatan Haram. Kenapa? Pada saya, ini adalah kerana Pakatan Haram itu sendiri tidak pernah wujud secara rasmi. Malah ia tidak sah dari sudut perundangan dan tidak berdaftar pula dengan RoS. Jadi bagaimana mereka hendak keluar?

PKR yang menyebelahi DAP sekalipun tidak dapat “memecat” PAS untuk keluar dari Pakatan Haram. Bak kata Rafizi sebelum ini, Pakatan Haram tidak punya undang-undang bertulis untuk berbuat demikian.

Pada pandangan saya, sebetulnya DAP atau PAS boleh mengumumkan secara “verbal” untuk keluar dari Pakatan Haram. Tapi mereka tidak memilih untuk berbuat demikian.

Jika PAS umum parti mereka keluar dari Pakatan Haram, maka parti itu akan dilihat tidak dapat memberi kerjasama dengan parti politik lain dan akan dipersalahkan. Manakala jika DAP umum parti mereka keluar dari pakatan pembangkan itu, maka mereka akan hilang sokongan dari pak-pak lebai PAS yang selalu mereka per”lembu”kan selama ini.

Jadi, mana mungkin kedua parti itu berani keluar dari Pakatan Haram, bukan? Bergaduhlah bagai nak pecah dunia sekalipun, PAS dan DAP tetap “bersekedudukan” meskipun tanpa ikatan yang sah. Jika terbit “anak” sekalipun, maka “anak” itu berstatus “luar nikah”.

Saya tidak pasti selama mana sandiwara mengenai isu hudud antara PAS dan DAP akan “pecah panggung” di arena politik negara. Namun saya yakin, sekiranya hudud berjaya dilaksanakan sekalipun, PAS akan tetap “sekatil” dengan DAP.

Cuma, apa yang saya ingin tekankan di sini pada PAS mahupun DAP, PKR, UMNO, Geraka atau mana-mana parti politik sekalipun, hudud bukan merupakan isu politik. Ia adalah isu agama Islam yang diambil kesempatan terhadapnya.

PAS sejak tradisi lagi memperguna isu hudud di dalam kempen mereka. Kononnya jika tidak terlaksana hudud, maka Malaysia adalah negara kafir bagi mereka. Bagi mereka, Malaysia tidak Islam selagi tidak melaksana hudud. Isu hudud selalunya kedengaran ketika musim pilihanraya sahaja.

Ahmad_Yakob_(right)_DUNKELANTAN_180315_TMIAFIF_012
Cuma baru-baru ini sahaja, selepas Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz tidak lagi menjadi Menteri Besar Kelantan, Ustaz Ahmad menggunakan kebijaksanaannya bekerjasama dengan UMNO untuk meneliti dan mengkaji perlaksanaan hukum berkenaan dengan lebih serius.

Hasilnya, UMNO berlapang dada menerima dan menubuhkan Jawatankuasa Teknikal Hudud Peringkat Pusat yang melibatkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan pakar-pakar perundangan untuk menyambut cadangan Kerajaan PAS Kelantan itu dengan baik.

Saya percaya, penerimaan UMNO itu tiada unsur politik dan diputuskan demi maqasid syariah serta kepentingan umat Islam di Malaysia, khususnya di negeri Cik Siti Wan Kembang itu. Itu jelas dengan kenyataan Adun-Adun UMNO di sidang DUN Kelantan baru-baru ini.

Saya tidak hairan dengan penolakan secara total DAP terhadap hudud. Itu memang pendirian mereka sejak dulu untuk memancing undi dari golongan bukan Islam. Tiada apa yang hendak dihairankan.

Meskipun tahu masyarakat bukan Islam tidak pernah didakwa di mana-mana mahkamah syariah, DAP tetap menolak hudud. Tak tahulah apa yang mereka takut sangat, tapi pada saya, DAP memang kurang ajar apabila campur tangan dalam hal ehwal agama Islam dan keistimewaannya sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan.

Cuma yang saya pelik, parti “Pak Syiekh Liwat” juga menolak hudud! Yang itu memang pelik. Isteri “pak syiekh” bertudung litup mengumumkan PKR tidak akan menyokong hudud di Parlimen. Maksudnya, mereka tidak yakin dengan hukum Allah itu?

anwar-senyum
Padahal, hudud yang dirangka itu masih lagi dalam peringkat “acuan”. Ia masih belum dapat dilaksana selagi Akta 355 di dalam perlembagaan negara dipinda. Meskipun dijangka tidak memerlukan sokongan 2/3 dewan dan hanya memerlukan 112 undi dari Ahli Parlimen di Dewan Rakyat, ia masih lagi dalam peringkat “jangkaan”.

Pada saya, PKR jelas tidak “Islamik” dalam isu ini. Sungguh memalukan apabila pemimpin Islam yang kononnya memperjuang Islam, menolak untuk menyokong “acuan” hudud. Padanlah Datuk Seri Anwar Ibrahim diiktiraf “tokoh Islam” oleh Barat, ruh Islamnya “lain macam” sungguh!

Justeru itu, saya menyarankan agar tidak perlulah dipeduli dengan pendirian DAP mahupun PKR itu. Hudud tiada kena mengena dengan DAP atau PKR. Hudud ada kena mengena dengan umat Islam yang benar-benar faham Islam yang sebenar sahaja, bukan?

Jadi, sama-samalah kita lihat dan berdoa agar “acuan” hudud itu menjadi kenyataan nanti. Diharap agar “acuan” itu syumul dan sesuai dilaksanakan di negara kita mengikut peredaran zaman serba moden ini.

Semoga “acuan” hudud yang bakal diperkenal itu bersifat adil dan tidak memalukan Islam, kita wajar menyokong sebarang usaha ke arah mengimarahkan hukum syariah di bumi Malaysia ini. Itu yang penting. Berusahalah dan kita sama-sama bertawakkal. Wallahu’alam.

Disediakan oleh : dukeofmontecristo (www. mykmu. net)

No comments:

Post a Comment