Monday, March 23, 2015
Pembangkang Jadikan Rakyat Selangor Seakan ‘Tebusan’ – Irmohizam
13 Mac 2015, Kuala Selangor : Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Irmohizam
Ibrahim berkata, Kerajaan Negeri Selangor seakan menjadikan rakyat
sebagai ‘tebusan’ demi membebaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar
Ibrahim dari penjara.
Jelas beliau, kerana itulah perjanjian penstrukturan perkhidmatan
industri bekalan air antara Kerajaan Negeri Selangor dan kerajaan
Persekutuan dibatalkan dengan mudah walaupun ianya bakal mendatangkan
kemudaratan kepada rakyat.
“Saya melihat pembatalan perjanjian penstrukturan perkhidmatan
industri bekalan air tersebut sebagai satu keputusan yang menunjukkan
bahawa kerajan negeri lebih pentingkan politik daripada kesejahteraan
rakyat.
“Telah lebih 32 kali perbincangan diadakan untuk mencapai kata putus
berkenaan perjanjian air ini. Namun, sepanjang empat bulan Azmin
menjawat jawatan Menteri Besar, banyak keputusan yang dibuat dilihat
lebih menjurus kepada keputusan politik termasuklah isu air ini.
“Saya tertanya-tanya, adakah ini bermaksud keputusan ini datang
daripada beliau selaku menteri besar ataupun menerima arahan tertentu
terutama sekali daripada penasihat ekonomi di Sungai Buloh sebagai unsur
ugutan kepada kerajaan persekutuan bagi membebaskan ketua pembangkang
itu,” ujarnya kepada UMNO-Online.
Tambah Irmohizam, perkara ini harus difikirkan bersama secara serius.
Pembangkang dilihat menggunakan politik sebagai ugutan dan menjadikan
rakyat sebagai ‘tebusan’ agar kerajaan memenuhi citarasa dan kehendak
mereka.
“Pelaburan di Selangor juga semakin merudum. Bukan itu sahaja, peluang pekerjaan di negeri ini juga semakin terhakis.
“Generasi muda harus membuka pemikiran dan mata mereka dengan melihat
peluang pekerjaan yang semakin terhakis di negeri Selangor dan tidak
hairan sekiranya suatu hari mereka akan menyalahkan kerajaan Pusat
sebagai punca kononnya kesan daripada kemerosoton ekonomi .
“Saya lihat perkara ini sangat merbahaya iaitu seolah-olah satu
sabotaj kepada sistem ekonomi negara dengan pembatalan perjanjian air
ini,” ujarnya lagi. - MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment