Wednesday, March 11, 2015
Hakim Tidak Munasabah Atau Pakatan Haram Yang Tidak Munasabah?
12 Mac 2015 : Dilaporkan
oleh sebuah laman portal yang sering dikaitkan dengan parti
pembangkang, khabarnya para pemimpin Pakatan Haram sedang dalam proses
membuat usul pada Dewan Rakyat untuk mengecam lima panel hakim Mahkamah
Persekutuan yang menolak rayuan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar
Ibrahim.
Lima hakim yang menolak rayuan Anwar
dalam kes rayuan tersebut adalah Tan Sri Raus Sharif, Tan Sri Abdul
Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar, Datuk Ramly Ali dan diketuai
oleh Ketua Hakim Negara, Tun Ariffin Zakaria.
Katanya usul itu akan diserah pada
Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dalam masa terdekat
dengan menggunakan alasan kononnya keputusan kelima-lima panel hakim itu
“luar biasa” dan tidak disokong secara undang-undang atau fakta
munasabah.
Saya tersengih-sengih membaca laporan itu
sebenarnya. Terus terdetik di fikiran saya betapa “hitam”nya hati dan
jiwa para pemimpin Pakatan Haram dalam menerima sebuah kebenaran.
Malangnya, pemilik jiwa dan hati yang “hitam” itulah yang kini berada di
Parlimen “menyalak” tanpa rasa malu…
Apa yang “luar biasa”nya dalam keputusan
menolak rayuan seorang Orang Kena Tuduh (OKT)? Setahu saya, sudah
beribu-ribu rayuan OKT yang pernah ditolak badan kehakiman negara sejak
di zaman merdeka. Itu keputusan yang normal.
Malah hampir tujuh tahun mahkamah
menghabiskan masa membicarakan kes jenayah tersebut. Masa yang terlalu
panjang untuk membela diri. Itu memang “luar biasa”, tapi lebih memihak
pada Anwar, bukan? Apa lagi “luar biasa” mahu diberi pada Anwar?
Jika diikutkan Tan Sri Muhammad Shafee
Abdullah, hukuman lima tahun itu pun boleh dikategorikan sebagai “luar
biasa”. Patutnya, Anwar dihukum lebih lama dari tempoh itu ekoran
jenayah dan kezaliman yang dilakukan pada Saiful Bukhari Azlan.
“Tidak disokong undang-undang atau fakta
munasabah”? Jadi apa yang munasabah di mata Pakatan Haram? Fakta yang
mana yang tidak bersifat “beyond reasonable doubt”? Kenapa tidak dilawan
dan dikemuka ketika diberi peluang di mahkamah tempohari?
Pada penelitian saya, boleh dikatakan
hampir semua cara, putar belit, muslihat, taktik dan strategi yang
digunakan barisan peguambela untuk meragukan “prima facie” dan mencabar
hujah pendakwaraya. Semua ikhtiar telah dilakukan oleh geng Anwar.
Bukan saja diwakili peguam-peguam elit
yang handal dan berprofil hebat dari dalam serta luar negara, malah
turut dikerah “gurkha-gurkha upahan” untuk berkumpul bersorak di luar
mahkamah membuang masa sambil menimbulkan provokasi. Apa lagi ikhtiar
yang tidak dibuat untuk menekan badan kehakiman negara? Macam-macam,
kan?
Jika difikirkan secara logik, akal waras
dan secara munasabah, adalah mustahil sangat untuk Saiful Bukhari secara
tiba-tiba memiliki air mani lelaki lain terbenam di dalam duburnya,
bukan? Apatah lagi ia milik Anwar sebagaimana yang disahkan padan 99%,
bukan?
Pada fikiran waras saya, secara munasabah
air mani Anwar hanya secara “eksklusif” boleh dihasilkan Anwar sahaja.
Individu yang boleh menyimpan air mani Anwar hanyalah Ketua Umum PKR itu
dan isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.
Pada saya, adalah mustahil untuk Saiful
Bukhari mendapatkan air mani itu dari Wan Azizah. Takkanlah Wan Azizah
mahu menyimpan air mani Anwar untuk diberikan kepada orang ketiga, kan?
Pada pandangan saya, Wan Azizah tidak segila itu…
Jadi, saya positif bahawa air mani itu diberikan secara terus dari Anwar kepada Saiful Bukhari.
Timbul pula persoalan, adakah Saiful
Bukhari paksa Anwar serahkan air maninya untuk dimasukkan ke dalam dubur
Saiful? Atau Anwar sendiri dengan pengaruh kuat yang ada padanya
terhadap Saiful Bukhari dan memaksa bekas pembantu peribadinya itu
“menonggeng untuknya”?
Mampukah Saiful Bukhari paksa Anwar
serahkan air mani padanya? Jika ada teori yang mengataka Saiful Bukhari
letak pistol di kepala Anwar untuk memaksa suami Wan Azizah itu serahkan
air mani padanya, kenapa tidak dibuktikan di mahkamah?
Maka sebab itulah pada pandangan saya,
majoriti panel hakim sama ada di peringkat Mahkamah Rayuan mahupun
Mahkamah Persekutuan mendapat Anwar bersalah dan menolak kes rayuan
penjenayah yang kini bergelar banduan itu.
Lagipun, dengan hujah dan bukti-bukti
kukuh yang mencapai tahap “beyond reasonable doubt” gagal disangkal
barisan elit peguam Anwar, maka panel-panel hakim itu telah menunaikan
tanggungjawab dengan amanah untuk menghukum OKT.
Justeru itu, jika saya sebagai seorang
yang biasa pun dapat berfikir secara logik akal untuk menolak usul
“bodoh” yang sedang diproses pemimpin Pakatan Haram itu, apatah lagi
jika ia dibawa kepada Speaker Dewan Rakyat, kan?
Jadi, jangan hairan jika usul “bodoh”
untuk menjatuhkan kreadibiliti institusi kehakiman negara itu ditolak
Pandikar Amin nanti. Jangan pula dituduh dan difitnah bukan-bukan Dewan
yang mulia itu dengan dakyah dangkal yang langsung tidak logik dek akal.
Institusi Kehakiman Negara adalah salah
sebuah badan tertinggi negara yang sama tahap dengan badan legislatif
negara dan badan eksekutif negara, serta terpisah segala kuasa dan bebas
dari sebarang pengaruh dua lagi badan tertinggi tersebut di bawah Yang
DiPertuan Agong.
Justeru itu saya menyarankan supaya
Pakatan Haram tunggu sajalah keputusan permohonan pengampunan DiRaja
yang dihantar Wan Azizah anak beranak kepada Yang DiPertuan Agong
sebelum ini. Hanya Baginda yang punya hak mengampunkan Anwar.
Namun pada hemat saya, melihat pada tiada
sebarang kekesalan, rasa insaf atau kesedaran dari Anwar atas jenayah
yang dilakukan pada Saiful Bukhari, janganlah terlalu mengharap untuk
diampunkan Yang DiPertuan Agong.
Jika ditolak pula permohonan pengampunan
DiRaja itu nanti, jangan pula tergamak mencela Yang DiPertuan Agong.
Sebaliknya, mohonlah ampun pada Allah SWT atas segala dosa kerana Dialah
Yang Maha Berkuasa melebihi segala di dunia. Wallahu’alam.
Disediakan oleh : EDITOR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment