Monday, March 23, 2015
Semakin Lama Pakatan Pembangkang Semakin Jadi Pakatan Tunggang Langgang
19 Mac 2015, Kuala Lumpur : Ketidaksepakatan parti-parti pembangkang dalam
keputusan tertentu menunjukkan mereka hanyalah mempunyai titik
persamaan dalam usaha menumbangkan Barisan Nasional (BN) semata-mata.
Mengambil contoh pelbagai kemelut yang berlaku sebelum ini antaranya
isu pertukaran Menteri Besar Selangor, isu pilihan raya kerajaan
tempatan serta isu hudud telah menyerlahkan watak sebenar mereka yang
mempunyai haluan sendiri.
Bagi Ahli Parlimen Sekijang, Anuar Manap melihat walaupun pakatan
pembangkang cuba menutup perbezaan yang ada sesama mereka namun ianya
tidak dapat disembunyi kerana topeng sebenar mereka untuk terus
mengelirukan rakyat telah terserlah.
“Jika disusur satu persatu ianya menyerlahkan lagi sikap serta
perangai mereka yang hanya tahu mencari kesalahan kerajaan dan bukannya
mahu menghargai kebaikan kerajaan Pusat selama ini.
“Dalam apa jua perancangan serta pelaksanaan yang kerajaan ingin buat
untuk rakyat ada sahaja perkara yang mereka bangkitkan dan mereka
persoalkan. Bukanlah tidak boleh dan memang diakui bukannya semua
kerajaan buat itu betul namun untuk berpolitik biarlah ada had dan
batasannya.
“Apa yang saya nampak mereka ini hanya ingin mencari silap kerajaan
sahaja dan itu adalah perkara yang tidak sepatutnya berlaku. Masa yang
ada sewajarnya digunakan untuk membangunkan negara dan memberi perhatian
serta tumpuan kepada rakyat namun ada masanya ia terjejas gara-gara
kerajaan terpaksa menjawab segala tohmahan yang dilemparkan
pembangkang,” katanya.
Anuar seterusnya menambah titik asas perjuangan yang tidak sama
itulah yang bakal memakan diri mereka sendiri walaupun parti-parti
pembangkang diikat menerusi ‘tahaluf siyasi’ yang dijaja oleh parti Pas.
“Kita boleh tengok hari ini bagaimana hubungan antara mereka. Hanya
ada kesatuan dan hanya ada muafakat apabila melibatkan serangan terhadap
kerajaan namun bab diri sendiri yang terlondeh satu persatu tidak
dihiraukan sesama mereka.
“Namun yang menjadi keutamaan seperti yang disebutkan tadi adalah
untuk membangkitkan perasaan marah agar rakyat tidak memberikan
kepercayaan kepada BN pada pilihan raya akan datang. Itulah matlamat
sebenar mereka.
“Namun apa pun kita percaya dan yakin kepada Allah s.w.t, kita
melaksanakan amanah yang diberikan oleh rakyat sebaik mungkin dan
terserah kepada mereka untuk membuat penilaian,” katanya.
Disediakan oleh : EDITOR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment