Wednesday, March 25, 2015

16 Orang Ditahan SPRM Untuk Siasatan Skandal TLDM

25 Mac 2015 : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah menahan seramai 16 orang bagi membantu siasatan dalam kes yang melibatkan pembekalan barangan dan peralatan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) baru-baru ini.

Daripada jumlah itu, enam orang merupakan anggota TLDM manakala baki adalah orang awam yang kebanyakannya adalah ahli perniagaan dan orang tengah. Pegawai dan anggota TLDM terdiri daripada pegawai yang berpangkat Kapten, Leftenan Komander, Leftenan Tentera Laut dan Laskar Kanan.

Kesemua mereka ditahan pada 9 dan 11 Mac 2015 di Kuala Lumpur, Manjung, Ipoh dan Lumut. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan juga Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Kesemua 16 orang terbabit telah dibebaskan selepas ditahan reman antara tujuh hingga 10 hari.

Setakat ini, SPRM telah membekukan wang dalam simpanan sebanyak RM23 juta. Nilai ini termasuklah saham lebih RM5 juta. Wang tunai lebih RM200,000 juga dirampas. Lebih 240 akaun bank turut dibekukan.

Selain itu sebanyak 13 kereta, antaranya Lamborghini, BMW, Mercedes-Benz dan Audi juga disita. Dalam operasi ini, SPRM turut merampas sejumlah jam tangan berjenama mewah seperti Loius Vuitton, Patek Philippe, Tag Heuer dan Frederique Constant.

Siasatan kes ini masih dijalankan.

Dipetik daripada sumber : www. mykmu. net

No comments:

Post a Comment