Sunday, March 29, 2015

Kena Tangkap Cara Paling Cepat Nak Jadi “Hero”….


rafizi 

29 Mac 2015 : Saya tidak mahu mempertikai tentang jumlah bilangan peserta perhimpunan haram #KitaLawan semalam di sekitar Sogo. Walaupun kita dapat mengagak anggarannya hanya kurang dari 500 orang, namun nanti ada yang marah pula dan mendakwa ia disertai 5,000 orang. Jadi, biarlah…

Ya. Semalam mereka buat kecoh lagi di Jalan Tunku Abdul Rahman, lokasi yang dikatakan paling strategik untuk mengganggu ketenteraman awam. Maklumlah, di situ ramai orang. Jika himpunan mereka kurang mendapat sambutan, sekurang-kurangnya orang ramai di situ boleh dikira sebahagian dari peserta demonstrasi juga, kan?

Sebetulnya saya hairan. Para pemimpin Pakatan Haram masih lagi menggunakan modus operandi yang sama untuk menarik perhatian orang ramai terhadap mereka. Saya akui mereka tidak terkenal dan mahukan publisiti, tapi tidak ada cara lainkah?

Taktik melakukan demonstrasi ini sebagaimana yang dikatakan Tun Dr Mahathir merupakan amalan anak didiknya yang khianat, Anwar Ibrahim. Cara begitu sudah diamalkan Anwar sejak dia belajar di Universiti Malaya sekitar tahun 1974. Maksudnya, taktik itu sudah lapok!
Pada pandangan saya, boleh dikatakan semua rakyat Malaysia tahu bahawa Anwar tidak mungkin akan dibebaskan dari menjalani hukuman penjara atas jenayah liwat yang dia lakukan melalui cara demonstrasi jalanan.

Buatlah demonstrasi jalanan sejuta kali, tiap-tiap hari dan di mana sekali pun, Anwar tidak akan dilepaskan dengan cara desakan sebegitu. Saya juga yakin pihak yang menganjurkan demonstrasi itu juga sedar tentang perbuatan sia-sia mereka itu.

Kita semua jelas bahawa hanya pengampunan DiRaja saja yang kini mampu melepaskan Anwar keluar dari “kandang”. Selagi tidak diampunkan, duduklah merengkok dalam penjara dan terimalah hukuman hasil meliwat anak orang.

rafizi tangkap

Sudah berapa orang yang ditahan pihak berkuasa? Seorang? Dua orang? Lima orang? Sepuluh orang? Dan siapa mereka? Rafizi Ramli? Mat Sabu? Khalid Samad? Siapa lagi?
Pada saya, mereka ini semua tahu Anwar tidak kebal dari hukuman penjara dan demonstrasi takkan mampu mengeluarkan Anwar. Jadi apa sebenarnya yang mereka mahukan?

Pada pandangan saya, ada di antara mereka yang mahu menjadi “hero”. Ada di kalangan mereka yang mahu cepat popular. Malah ada di antara mereka yang ditahan sengaja melakukan demonstrasi haram itu semata-mata untuk mendapatkan publisiti murahan.

Itulah satu-satunya cara untuk mereka “memikat” golongan muda yang “berdarah panas”. Kononnya “hero”, mereka sengaja membuat provokasi untuk ditangkap. Lagi lama ditangkap, lebih bagus. Kononnya “hero” selalu kalah dulu dan menang kemudian. Alah, macam cerita hindustan…

Kalaulah apa yang dibela mereka diatas jalanraya itu membabitkan tentang kesucian agama Islam, mungkin saya dapat menerimanya. Jika ia soal kehormatan bangsa, mungkin saya boleh fahami tindakan mereka. Namun yang salah tetap salah.

Apatah lagi yang mereka demonstrasikan semalam di depan Sogo itu membabitkan seorang peliwat yang menganiaya anak orang.

Penjenayah yang mereka bela? Penjenayah yang diberi masa hingga hampir 7 tahun untuk membela diri! Penjenayah yang gagal membuktikan dirinya tidak bersalah! Itu yang mereka bela? Manusia jenis tamadun apakah ini?

Sudah-sudahlah menjual diri menjadi “hero” begitu. Kalau benar sangat nak jadi “hero”, silakan ke Palestin, lawan dengan kawan-kawan Anwar di sana. Bantu umat Islam Palestin hingga ke titisan darah terakhir. Itu baru hero namanya…

Baru ditahan polis di rumah pukul 3 pagi, sudah bising buat kenyataan pada media. Hero jenis apa yang mengadu begitu pada media? Sudahlah buat salah melanggar undang-undang, boleh pula tunjuk baik kononnya tindakan polis tidak kena padanya?

Kononnya buang masa dan tenaga polis tangkap dia ramai-ramai di rumah? Saya tertanya-tanya, kalau dia tidak buat hal, tidak langgar undang-undang, adakah dia akan membuang masa dan tenaga polis untuk jemput dia ke balai? Akal letak di mana?

Kitalawan - Pej Pas-1

Dengan panggilan telefon saja mampu buat dia ke balai? Ikut suka polislah. Kalau dia nak telefon atau datang ke rumah, ke pejabat atau tahan di tepi jalan, itu atas budi bicara pihak berkuasa. Mereka ada kenderaan dan kerja 24 jam sehari, ikut suka merekalah nak jemput di rumah dan bila-bila masa yang mereka suka. Mereka ada prosedur, bukan?

Jadi, tidak perlulah merengek macam budak kecil hilang bantal busuk. Berani buat, beranilah tanggung. Lain kali, lepas buat demonstrasi haram, boleh terus berjalan masuk serah diri di balai polis berhampiran. Cara macam tu barulah tidak buang masa dan tenaga polis, kan? Wallahua’alam.

Disediakan oleh : dukeofmontecristo

No comments:

Post a Comment