Cuma apa pun keputusannya, pasti akan kita ketahui selepas PasMa berhimpun hari ini.
Tuesday, March 31, 2015
PasMa Lagi Penting Dari Pas?
31 Mac 2015, Kuala Lumpur : Rasanya cerita Presiden Persatuan Ummah Sejahtera
Malaysia (PasMa) Datuk Phahrolrazi Zawawi melepaskan semua jawatannya
dalam Pas dan menjadi ahli biasa tu, semua orang dah tahu. Malah beliau
buat semua tu sebab nak membolehkannya bergerak bebas tanpa melanggar
sebarang sekatan dari Pas.
Itu bermakna, langkah Presden PasMa lepas ni akan lebih jauh dan
kemungkinan besar, beliau ada perancangan tertentu yang melihat ada
peluang baik bagi melonjakkan dirinya dan PasMa ke satu tahap yang lebih
tinggi.
Kalau pembaca kenal dengan Phahrolrazi, pembaca pasti tahu bahawa
Presiden PasMa ni seorang yang memang ‘kejar jawatan’ tak mungkin beliau
sanggup lepaskan sesuatu yang beliau jaga serupa nyawa sejak dulu.
Tentu ada target baru yang Phahrol mahu.
PasMa sejak penubuhannya tahun lepas menegaskan akan menjadi pelobi
utama agar Pas kekal bersama Pakatan Rakyat. Namun sejak pembentangan
Enakmen Jenayah Syariah 1993 (Pindaan 2015) di Dewan Undangan Negeri
Kelantan yang lalu, hubungan antara Pas dengan sekutu Pakatannya semakin
rapuh.
Lepas perselisihan faham diantara Pas dengan Dap dan Pkr, berikutan
isu hudud yang timbul. PasMa sekarang semakin mengukuhkan kedudukan dan
seolah-olah bersedia untuk ambil alih tempat Pas dalam Pakatan Rakyat.
Dap Sarawak dan Sabah sudah memutuskan hubungan dengan Pas. Malah Dap
pusat juga telah memutuskan hubungan dengan Presiden Pas Hadi Awang.
Ini jelas menunjukan kedudukan Pas dalam PR sudah tidak dapat
diselamatkan sejak Pas bertekad akan melaksana hudud di Kelantan.
Malah hari ini PasMa membuat Perhimpunan Agongnya yang pertama di
Kedah.
Dijangka,kemungkinan besar akan ada cadangan yang mahu PasMa
bertukar dari NGO ke parti politik. Kerana jika dilihat keadaan
sekarang, memang jelas Pkr dan Dap memberi sokongan penuh pada PasMa
malah sumber kewangan mereka pun dikatakan disalur oleh kedua parti
berkenaan.
Jika adalah jangka suhu yang dapat mengukur situasi sekarang, penulis andaikan ianya sudah sampai kepuncak!
Cuma apa pun keputusannya, pasti akan kita ketahui selepas PasMa berhimpun hari ini.
Disediakan oleh : EDITOR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment