Wednesday, March 11, 2015
Anwarinas Berdepan Tugas Sukar Untuk Guling Hadi
11 Mac 2015 : Datuk Dr Haron Din telah pun secara rasminya
dilantik menjadi Mursyidul Am PAS menggantikan bekas Menteri Besar
Kelantan, Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat yang meninggal dunia awal
bulan lepas.
Bagi geng PAS Anwarinas perkembangan ini bukan sesuatu yang
dialu-alukan kerana sejak timbulnya kemelut MB Selangor tahun lepas lagi
mereka amat mengharapkan jawatan tersebut akan diambil alih
oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.
Malah sewaktu Nik Aziz selaku penyandangnya selalu sangat uzur dan
kemudiannya meninggal dunia bulan lepas lagilah kerap geng Anwarinas
memukul gendang meminta Hadi segera memikul tanggungjawab sebagai
Mursyidul Am PAS.
Soal kenapa mereka beriya benar mahu Hadi menjadi Mursyidul Am PAS
tidak sukar untuk difahami. Ia hanya muslihat politik kerana jika Hadi
setuju memikul jawatan Mursyidul Am bermakna kedudukannya sekarang
sebagai Presiden PAS perlu dilepaskan.
Jika Hadi termakan gesaan tersebut, siapakah yang akan menjadi
Presiden PAS yang baru? Tak lain tak bukan, Timbalannya sekarang yakni
Mat Sabu – wakil geng Anwarinas yang baru-baru ini didakwa terlibat
dalam usaha menggulingkan Hadi.
Bila berlaku demikian, senanglah geng Anwarinas menguasai PAS
sepenuhnya dan selepas itu ruang terbuka luas untuk mereka mengambil
langkah mengecilkan peranan dan pengaruh Mursyidul Am PAS pula.
Sekarang segala-galanya sudah lari dari perancangan awal Anwarinas.
Hadi masih lagi seorang Presiden sementara Haron Din yang sering di cop
sebagai penyokong Kerajaan Perpaduan (UG) pula mendaki kedudukan sebagai
Mursyidul Am PAS yang baru.
Dengan adanya Haron Din di situ bertambah sukarlah tugas Anwarinas
nak menggulingkan Hadi. Tak mustahil dengan kombinasi baru Hadi dan
Haron Din, satu demi satu geng Anwarinas pula yang akan jatuh
terguling lebih-lebih lagi semasa Muktamar PAS 2015 nanti.
Disediakan oleh : EDITOR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment