Thursday, March 12, 2015

Pembangkang Henti Jadi Pakar Ekonomi Mee Segera – Shafie Apdal

Image result for shafie afdal 

12 Mac 2015, Kuala Lumpur : Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal menasihati pihak pembangkang  agar tidak menyebarkan fakta-fakta yang tidak sahih berhubung ekonomi negara di dalam media sosial masing-masing bagi mengelakkan kekeliruan di kalangan rakyat.

Menurut beliau, tindakan pembangkang yang menyebarkan fakta tidak benar kononya keadaan ekonomi negara kritikal dan akan bankrap adalah satu tindakan yang  tidak sepatutnya dilakukan, di mana ianya akan mencetuskan rasa panik di kalangan rakyat.

“Baru-baru ini Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zety Akbar telah membuat kenyataan bahawa keadaan ekonomi negara kita dalam keadaan terkawal. Simpanan luar negara kita telah mencecah 10 billion US, lebih kurang hampir 40 bilion ringgit Malaysia.

“Jadi dalam keadaan pada hari ini, walaupun kita tahu bahawa keadaan ringgit ada turun dan naik, namun ini sebenarnya akan memberikan keuntungan kepada ekspot luar negara kita di mana barangan kita lebih murah berbanding barangan lain.

“Ini bermakna barangan keluaran dari Malaysia akan lebih kurang persaingannya berbanding ekspot barangan dari negara-negara lain. Dari segi itu, ianya sebenarnya dapat meningkatkan keupayaan perniagaan barangan ekspot dari negara kita,” jelasnya kepada UMNO-Onine di sini hari ini.

Beliau ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat biro keahlian di menara Dato Onn di Putra World Trade Center(PWTC) di sini hari ini.

Beliau seterusnya berharap agar rakyat di negara ini jelas tentang keadaan ekonomi negara yang masih lagi di dalam keadaan terkawal.

“Apa yang penting, segala fakta yang info yang kita dapati melalui media sosial perlu kita siasat dan teliti kesahihannya terlebih dulu. Jangan telan bulat-bulat kerana bimbang ianya hanyalah satu perbuatan provokasi untuk menimbulkan persepsi negatif rakyat kepada kerajaan, khususnya berhubung isu ekonomi negara,” ujarnya.

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

No comments:

Post a Comment