Friday, March 27, 2015
“Tahaluf Siyasi” DAP Dengan Pas Bergelumang Dengan Tuba – Jamawi
26 Mac 2015, Kuala Lumpur : Tahaluf Siyasi antara Pas dengan rakan
sekutunya Dap dilihat bergelumang dengan tuba setelah Setiausaha Agung
Dap, Lim Guan Eng memutuskan hubungan dengan Presiden Pas, Datuk Seri
Abdul Hadi Awang.
Ketua Penerangan Pemuda UMNO Jamawi Jaafar berkata perkara berkenaan
merupakan kemuncak kepada tekanan terhadap Presiden Pas itu dalam usaha
merealisasikan hasrat Dap tercapai.
Menurut beliau segala alasan yang dikemukakan bagi menghalalkan
perkara berkenaan adalah sekadar satu alasan semata-mata kerana hari ini
makin terdedah satu persatu kemelut di dalam pakatan pembangkang.
“Mana perginya konsep Tahaluf Siyasi yang diwar-warkan oleh pimpinan
Pas dan sekutu mereka sebelum ini. Ianya satu tamparan hebat kepada
konsep berkenaan dan ianya adalah satu pengkhianatan yang cukup jelas
kepada Pas.
“Jika
pimpinan Pas masih tidak sedar lagi akan realiti serta hakikat perkara
ini tidak tahulah…Sudah tiba masanya mereka memikirkan masa depan dan
bukannya lagi terikat dengan rakan sekutu mereka setelah jelas dibalas
dengan racun.
“Saya yakin selagi Hadi berada di kerusi Presiden, rakan sekutunya
itu tidak akan berdiam diri dan kita boleh tengok selepas ini bagaimana
Hadi akan terus ditekan khususnya menjelang Muktamar Agung parti
tersebut,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.
Dap dilapor mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan dengan
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang disifatkan tidak
bermaruah dan jujur berikutan tindakan parti itu bertegas mahu
melaksanakan hudud di Kelantan.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, pengkhianatan Abdul Hadi
bukan saja dalam isu hudud, malah dalam isu pencalonan Datin Seri Wan
Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal Menteri Besar Selangor yang
menyebabkan krisis besar berlarutan sehingga hampir menjatuhkan kerajaan
negeri Selangor.
Jamawi seterusnya menegaskan bukanlah niat beliau untuk menjadi batu
api sebaliknya melihat apa yang berlaku itu adalah satu petanda
bagaimana rapuhnya pakatan pembangkang.
“Paling jelas bagaimana Pas selepas ini mungkin akan berpecah kepada
dua puak dan mungkin sebaliknya. Kita tunggu dan lihat bagaimana
pengakhiran kepada krisis Tahaluf Siyasi antara Dap dengan Hadi,”
katanya.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment