Wednesday, March 11, 2015
Bahaya Pengganas ‘IS’ Sedang Mencari Mangsa Baru di Malaysia
12 Mac 2015 : Nampaknya kumpulan penjenayah antarabangsa ‘IS’
mengorak langkah mencari ahli baru. Kumpulan penjenayah antarabangsa ini
sebenarnya, merekrut ‘mangsa’ untuk dijadikan korban ‘jihad’ ala
mereka, kononnya itu cara diredhai Allah SWT.
Sejak akhir-akhir ini semakin kerap kita dengar mereka (IS) melakukan
perbuatan kejam dengan membunuh orang yang tidak berdosa atas nama
membela Islam.
Sedangkan pada hakikatnya, perbuatan mereka itu merosakkan imej
Islam, mencemar nama umat Islam lain di dunia, kerana perbuatan kejam
tidak berperikemanusiaan itu bukan cara Islam. Malah mana mungkin Islam
mengajar kita menzalimi manusia lain dengan cara sedemikian rupa.
Apa yang kita tahu mengenai kumpulan ‘IS’ yang semakin menular di negara kita?
Mengikut maklumat yang penulis terima, di khabarkan mereka (IS) telah
menular dan mengatur langkah ke pondok-pondok (seluruh Malaysia) untuk
meracun (menyebar fahaman) pemikiran anak bangsa kita bagi
memperjuangkan jihad ‘songsang’ yang bukan diamalkan dalam Islam.
Hingga ada beberapa kejadian Tok Guru pondok didatangi oleh beberapa
pemuda yang tidak di kenali dan berjubah lengkap, menyoal-balas mengenai
cara jihad Islam yang sebenar. Malah ada juga soalan mengenai meletup
diri dan bom berani mati. Malah mereka bertanya adakah cara tersebut
termasuk dalam tuntutan jihad Islam.
Bila pemuda terbabit diterangkan semula oleh Tok Guru berkenaan,
mengenai jihad dalam Islam yang dituntut berdasarkan hujah, kitab dan
hadis. Barulah kumpulan pemuda berkenaan berpuashati dan berlalu pergi,
tanpa memperkenalkan diri.
Cuba kita fikir, kenapa pemuda itu bertanyakan soalan mengenai jihad?
Tentu ada yang mengajarnya tentang jihad dan fahaman bertentangan
dengan ajaran Islam. Itu pemuda yang berani bertanya, bagaimana pula
jika masih ramai diluar sana seperti pemuda berkenaan, yang terkeliru
tapi tidak mencari jawapan, malah mempercayai kata-kata hasutan
penganas?
Kita jangan terkeliru dengan hasutan dan dakyah songsang mereka yang
bergelar ‘IS’ ni.
Cuba kita fikir sejenak persoalan yang penulis
kemukakan dibawah:
Masakan Islam membenarkan kita membunuh orang yang tidak bersalah kerana marahkan negaranya?
Bahkan orang yang dibunuh itu bukan pasukan keselamatan atau anggota tentera. Hanya rakyat biasa.
Pernahkah kita mendengar tahanan musuh dizalimi dan dihukum kejam apabila ditahan semasa zaman Rasullullah SAW dahulu?
Malah.. adakah hujah atau hadis yang membenarkan kita mengorbankan
diri semata-mata untuk membunuh orang lain? Seperti letupan bom berani
mati atas nama jihad?
Jaga anak anda dari kumpulan ini.. kerana mereka sedang mencari
rekrut baru di antara anak muda bagi dipergunakan atas nama jihad Islam.
Hati-hati dan waspada.. laporkan pada pihak berkuasa jika terserempak
dengan kumpulan ini atau lapor jika mengesyaki ada tindakan pelik dari
pihak yang kita tidak kenali.
Disediakan oleh : EDITOR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment