Afidavit yang disahkan oleh Ketua Pengarah bahagian undang-undang Jabatan Perdana Menteri telah dihantar kepada pemohon.Afidavit itu menyeru bahawa Anwar harus kekal dalam tahanan.
Friday, March 27, 2015
Anwar Tidak Diberi Pengampunan Dan Tidak Lagi Menjadi Ahli Parlimen
27 Mac 2015 : Menurut Ketua Bahagian Guaman dari Pejabat Peguam
Negara, Amarjeet Singh, petisyen permohonan maaf yang telah diberi oleh
keluarga Anwar kepada Yang Dipertuan Agong telah ditolak dan dengan ini
Anwar tidak lagi menjadi ahli parlimen Permatang Pauh.
“Pendirian kami ialah keputusan telah dibuat dan perlembagaan telah bercakap dengan sendirinya” katanya kepada pemberita.
Dengan pelupusan petisyen itu, Perlembagaan boleh dikatakan mempunyai pendirian yang jelas berkaitan dengan isu ini.
Afidavit yang disahkan oleh Ketua Pengarah bahagian undang-undang Jabatan Perdana Menteri telah dihantar kepada pemohon.Afidavit itu menyeru bahawa Anwar harus kekal dalam tahanan.
Bagaimanapun peguam-peguam Anwar seperti N. Surendran, Latheefa Koya
dan Dr Dheeraj Bhar mengatakan mereka masih menunggu pengumuman rasmi
dari Lembaga Pengampunan yang akan diumumkan pada hari rabu depan(1
April 2015).
Keputusan itu telah disampaikan kepada peguam Anwar dalam bentuk
afidavit yang dikeluarkan oleh Datuk Nursiah Arshad, Ketua Pengarah
Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri yang juga salah seorang urus setia
Lembaga Pengampunan.
Dipetik daripada sumber : The Star
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment