Tuesday, March 10, 2015

Calonkan Tuan Ibrahiam, Langkah Pertama Kempen PASMA Pecah Belahkan PAS

Image result for tuan ibrahim

11 Mac 2015, Pulau Pinang : Bekas Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, Ustaz Hafiz Nordin berkata, kenyataan Pas kawasan Kota Bharu yang mencadangkan Tuan Ibrahim Tuan Man untuk bertanding  jawatan presiden dalam muktamar yang akan datang ini, merupakan gerakan untuk menjatuhkan presiden yang sedia ada, Datuk Seri Haji Hadi Awang  yang didalangi oleh kepimpinan yang terlibat di dalam Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PASMA).

Menurut beliau, cadangan tersebut  merupakan langkah pertama kempen mereka dalam cubaan menyingkirkan Haji Hadi dari jawatan presiden pada muktamar Pas kali ni.

“Saya sebenarnya tidak hairanlah cadangan itu datang dari Kota Bahru memandangkan YDP Kota Bahru, Yang Dipertua PAS Kota Baru Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah merupakan antara kepimpinan Pas yang terlibat secara langsung di dalam PASMA. Kita memang tidak merasa pelik apabila cadangan itu datang dari Pas kawasan tersebut.

“Justeru itu, saya minta agar Pas Kota Bahru tarik balik lah cadangan tersebut. Ini bukan untuk perpaduan sepertimana yang mereka katakan, tetapi ini adalahlebih kepada satu gerakan untuk terus memecah belahkan dan melemahkan Pas dari dalam,” tegasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Beliau turut menyatakan rasa kesalnya dengan tindakan Pasma yang dilihat cuba masuk campur dan mengganggu gugat dalam hal ehwal Pas khususnya berhubung kepimpinan parti.

“Saya kira, kalau PASMA merasakan mereka itu lebih baik daripada Pas, maka saya syorkan mereka keluar dari Pas dan jadi parti politik. Untuk apa mereka terus berada di dalam Pas jika kehadiran mereka itu hanya akan memburukkan keadaan.

“Kita boleh lihat hari ini, cara dan pendekatan PASMA memperlihatkan mereka tidak tidak menghormati golongan syura ulama. Ya, sudah pastinya Presiden Pas dan juga golongan ulama Pas tidak maksum dan pasti melakukan kesilapan, tetapi cara Pasma untuk membetulkan kesilapan tersebut tidak kena dengan caranya,” ujar beliau.

Kata Hafiz lagi, adalah lebih baik hari ini Pas Kawasan Kota Bahru dan juga PASMA menumpukan perhatian mereka untuk membantu mangsa banjir di Kelantan daripada berebut mahukan jawatan di dalam parti.

“Permainan politik PASMAini saya yakin tidak sampai ke mana. Ini kerana mereka tak mampu untuk menguasai kesemua perwakilan yang akan terlibat di dalam muktamar kali ini.Nak kata mereka licik, tidak juga kerana segala perancangan dan permainan politik PASMA sudah bocor dan sampai ke telinga pimpinan golongan ulama di dalam Pas.

“Jadi, saya rasa adalah lebih baik PASMA, sesuai dengan statusnya sebagai NGO agar tumpukan perhatian terhadap bantuan mangsa banjir di Kelantan daripada sibuk-sibuk mencatur berebut jawatan tertinggi dalam parti yang jelas akan membawa lebih banyak keburukan dan kehancuran kepada Pas itu sendiri,” tegasnya.  

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

No comments:

Post a Comment