Monday, March 23, 2015
Pembangkang Ibarat Orang Lemas… Terdesak Hingga Cuba Pancing Tengku Razaleigh
18 Mac 2015, Kuala Lumpur : Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin
Yahya berkata, tindakan pembangkang mempelawa Tun Mahathir dan terbaru
Tengku Razaleigh menyertai mereka adalah satu tindakan terdesak.
Jelasnya, pembangkang ibarat sedang kelemasan sehinggakan sanggup menggunakan apa sahaja cara untuk menyelamatkan diri.
“Bagi saya pembangkang kini sedang lemas, walaupun ranting kecil
tetap akan mereka cuba berpaut untuk menyelamatkan diri walaupun tahu
pada akhirnya pasti akan tenggelam.
“Beginilah sikap pembangkang yang sentiasa cuba menangguk di air
keroh. Di mana sahaja ada kesempatan maka mereka mula memainkan peranan.
Sebenarnya pembangkang kurang modal dan kini sedang terdesak mencari
ketua memandangkan ketua mereka kini di dalam penjara,” ujarnya kepada
UMNO-Online.
Tambah Shabudin, Tengku Razaleigh bukanlah sebarang ahli politik dan
pengalaman beliau tidak mampu disamakan dengan sesiapapun di dalam parti
pembangkang.
Malah jelas beliau Tengku Razaleigh atau Ku Li seorang yang boleh
dianggap begitu matang dan telah melalui proses politik yang pelbagai
maka ianya jelas Ku Li bukan seorang yang begitu mudah untuk
dipergunakan.
“Jika tidak suka berada di dalam BN maka sudah lama beliau berpaling
arah. Saya pasti dan yakin hati dan jiwa Ku Li adalah untuk BN.
“Sebenarnya, kenyataan yang dikeluarkan oleh Tengku Razaleigh itu
membuktikan bahawa kita di dalam parti mengamalkan keterbukaan untuk
memberikan pandangan. Maka terpulang kepada pihak tertinggi untuk
menilai dan menerima.
“Tetapi pembangkang pula tersalah tafsir. Nasihat saya kepada pembangkang janganlah salah pandang….,” ujarnya sinis.
Shabudin turut menyifatkan bahawa memang telah menjadi sifat pembangkang suka memilih cara ‘jalan pintas’.
Kerana itulah jelas beliau lagi apabila Tengku Razaleigh mengeluarkan
kenyataan yang dilihat tidak menyokong keputusan kerajaan, mereka
dengan segera mereka cuba ‘membeli’ Tengku Razaleigh.
“Sebelum ini pembangkang turut memujuk Tun Mahathir untuk menyertai
mereka tetapi tidak pernah sekali pun Tun beralih arah walaupun pernah
kecewa dan keluar parti.
“Begitu juga Tengku Razaleigh… Mereka tetap jatuh bangun bersama BN dan UMNO khususnya,” terang Shabudin seterusnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment