Saturday, March 14, 2015

Kalau Ada Sambutan, Kenapa Tidak Ada Demo Minggu Ini?

FB_IMG_1425224965891
14 Mac 2015 : HARI ini genap seminggu demonstrasi kitalawan dianjurkan pembangkang untuk membela peliwat Anwar yang kononnya mendapat sambutan hangat rakyat.

Dari pihak mereka sendiri, ada kata 10,000, ada yang lebih gila kata 30,000.  Yang 10,000 itupun dah tak masuk akal, 30,000 pulak lagi – harap orang yang dapat angka ini mati berdiri (die standing).

Whateverlah apa nombor sekalipun, yang penting disini kalau betul banyak itu sokongannya, kenapa tidak diteruskan hari ini, kenapa berhenti setakat 7 Mac dan angka-angka yang disebutkan di atas?

Dari apa yang penulis difahamkan, kalau gerakan seperti ini ada banyak sambutan, ada momentum, patutnya tak payah kempen, minggu ini pun dah ada demonstrasi lanjutan.  Kalau demonstrasi menjatuhkan Mubarak di Mesir dulu dijadikan panduan, tak payah tunggu hujung minggu, hari-hari pun boleh ada demonstrasi.

Perkara itu bagaimanapun kita lihat tak berlaku dalam demonstrasi membela peliwat Anwar ini.

Tapi yang lebih penting dari itu, demonstrasi bukanlah pertandingan menunjuk berapa ramai yang datang tapi mencapai matlamat demonstrasi itu sendiri.  Tak kisahlah kalau 5 orang datang sekalipun tapi matlamat demonstrasi berjaya dicapai, itu barulah kejayaan yang sebenarnya.

Ini kempen beribu-ribu datang, tapi Anwar tetap dalam penjara, Datuk Seri Najib Tun Razak masih Perdana Menteri, Rosmah pun tak undur dari apa-apa jawatan, apa hasil yang dapat dicapai oleh orang-orang yang berpanas, berpeluh, terpekik terlolong sana sini tu?

Boleh tolong sesiapa jelaskan, kot lah penulis tak berapa cerdik hal-hal macam ini.

Disediakan oleh : EDITOR

No comments:

Post a Comment