Wednesday, March 25, 2015
Pas Ibarat “Lembu Kena Sembelih” Jika Dap Putuskan Kerjasama Dengan Hadi Awang
25 Mac 2015, Kuala Lumpur : Pas ibarat ‘lembu yang telah disembelih, jika
kepalanya sudah jatuh dari badan, dengan badan-badan, kaki dan ekornya
kita buat sup,’ itulah yang boleh digambarkan kepada Pas jika Dap
meneruskan hasrat memutuskan hubungan kerjamasama dengan Presiden Pas,
Abdul Hadi Awang namun mengekalkan kerjasama dengan parti tersebut, ujar
Ketua UMNO Bahagian Gerik, Datuk Hasbullah Othman.
Jelas beliau Pakatan Pembangkang sudah bersatu antara Dap, PKR dan
Pas malah selama ini, Dap cuba tunjuk kepada rakyat bahawa mereka boleh
mengawal Pas.
Pada masa yang sama tambahnya lagi Pas terpaksa mengenepikan perjuangan mereka untuk bersama dengan Dap kerana mahukan kuasa.
“Mereka boleh berkompromi berbagai-bagai benda demi persepakatan
mereka, namun pada hari ini ketika Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi
Awang bersama kerajaan Kelantan mahu melaksanakan hudud dan telah pun
diluluskan di peringkat Dewan Undangan Negeri Kelantan, Dap langsung
tidak menyangka bahawa Pas boleh bertindak sedemikian rupa.
“Dap sedar bahawa kekuatan Pas adalah pada ahlinya. Jadi, tindakan
Lim Guang Eng memutuskan hubungan kerjasama dengan Presiden Pas, Datuk
Seri Abdul Hadi Awang, sebaliknya meneruskan kerjasama dengan Pas tidak
sepatutnya berlaku.
“Rakyat kena sedar dengan permainan politik mereka ini, kita dalam
UMNO tidak mahu mencampuri konflik parti mereka namun kesal mengapa bila
timbul sahaja isu yang tidak memberikan keuntungan kepada pakatan
pembangkang khususnya Dap, mereka akan menyalahkan UMNO sebagai punca
permasalahan mereka,” ujarnya yang juag Ahli Parlimen Gerik.
Jelas beliau, rakyat seharusnya sedar sejak 57 tahun UMNO menerusi
Barisan Nasional mentadbir negara , UMNO menjaga semua kaum tanpa
mengabaikan kebajikan kaum-kaum minoriti.
Terdahulu, Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) Dap yang bermesyuarat
sebelum ini memutuskan meneruskan kerjasama bersama Pakatan Pembangkang
tetapi menegaskan ia sudah hilang keyakinan terhadap Presiden Pas, Datuk
Seri Abdul Hadi Awang.
Setiausaha Agung Dap, Lim Guan Eng berkata, parti itu kesal dengan
tindakan “tidak jujur dan tidak bermaruah” Hadi yang bekerjasama dengan
UMNO melanggari semangat konsensus serta Dasar Bersama dalam Pakatan
pembangkang.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment