Friday, March 27, 2015

Ganggu Majlis Perkahwinan Anak PM Amalan Politik Rimba ‘Luar Tabie’ – Azrinizam

26 Mac 2015, Kuala Lumpur : Presiden Aktivis Belia Tanah Air (ABATA), Azrinizam Ibrahim menyifatkan tindakan pembangkang yang mahu mengadakan perhimpunan “Kita Lawan” di majlis perkahwinan anak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sabtu ini adalah satu amalan politik rimba luar ‘tabie’.

Jelasnya, mengganggu majlis orang lain bukanlah budaya masyarakat majmuk negara ini dan sekiranya benar terjadi maka akan tercatatlah sejarah hitam dalam lipatan politik tanahair.

kitalawanbodoh_400_260

Beliau menambah, sekiranya perkara ini berlaku kepada pemimpin pembangkang, sudah pasti ayat ‘jangan ganggu privacy kami’ akan dilemparkan.

“Cuba kita lihat bila rakyat berhimpun di hadapan rumah Ambiga suatu ketika dahulu kerana marah dengan demonstrasi jalanan yang dianjurkan pembangkang. Mereka cukup marah dengan mengatakan hak peribadi mereka diganggu.

“Begitu juga bila gambar rumah mewah Ngar Koh Meng menjadi viral. Ayat yang sama turut diucapkan malah Nurul Izzah juga menggunakan ayat yang sama apabila status perkahwinannya dipersoalkan.

“Yang menghairankan, mengapa mereka tidak boleh menghormati hak peribadi orang lain… sekiranya mereka boleh menggunakan ayat ‘hak peribadi’ atau ‘jangan ganggu peribadi saya’ maka mengapa harus diganggu majlis peribadi Datuk Seri Najib,” ujarnya kepada UMNO-Online.

Beliau turut menempelak puak pembangkang yang sering memperalatkan rakyat demi kepentingan peribadi.

“Budaya apa yang cuba mereka kenal dan ajarkan kepada golongan muda ini… adakah mereka mahu golongan muda yang bakal menjadi pemimpin negara mengamalkan sikap kurang ajar sebegini.

“Jangan ditiru budaya yahudi… saya amat berharap rakyat tidak akan terpengaruh dan berfikir secara rasional sebelum melakukan sesuatu yang bodoh. Belajarlah untuk menghormati hak peribadi orang lain sekiranya mereka juga mahu hak peribadi mereka dihormati,” katanya. 

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

092

No comments:

Post a Comment