Menterinya Datuk Seri Hasan Malek berkata, sejak 15 Jan sehingga kini sebanyak 519,454 premis telah diperiksa di seluruh negara.
Monday, March 23, 2015
Operasi Benteras Pencatutan Diperhebat Sebelum Pelaksanaan CBP
21 Mac 2015, Raub : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan terus memperhebat operasi membanteras pencatutan sebagai
persediaan menghadapi pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP) mulai bulan depan.
Menterinya Datuk Seri Hasan Malek berkata, sejak 15 Jan sehingga kini sebanyak 519,454 premis telah diperiksa di seluruh negara.
“Hasilnya sebanyak 2,617 kes telah dikesan dengan melibatkan nilai rampasan sebanyak RM455,861 dan kompaun sebanyak RM297,316.
“Sehubungan itu orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung perkara
itu (pencatutan) boleh membuat aduan terus kepada kementerian,” katanya
kepada pemberita selepas menghadiri Karnival Koperasi dan Kepenggunaan
peringkat negeri Pahang di sini hari ini.
Peniaga yang menaikkan harga barangan sebelum dan ketika pelaksanaan
CBP boleh dikenakan denda hingga RM100,000 atau penjara tiga tahun atau
kedua-duanya di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.
Majlis turut itu dihadiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Koperasi
Keusahawanan dan Kepenggunaan negeri Datuk Seri Shahiruddin Ab Moin.
Hasan diminta mengulas tentang tindakan sesetengah peniaga yang sudah
mula menaikkan harga barangan dengan alasan pelaksanaan CBP, walaupun
ia hanya mula dikuatkuasakan pada 1 April.
Katanya, tahap kesedaran pengguna terhadap hak-hak mereka kini
semakin tinggi dan ini terbukti apabila bilangan kes aduan yang diterima
oleh kementerian pada tahun lepas meningkat berbanding tahun
sebelumnya.
“Pada tahun lepas sahaja kita menerima sebanyak 14,089 kes meningkat sebanyak 19 peratus berbanding 11,851 kes pada 2013.
“Saya minta rakyat jika mempunyai sebarang aduan supaya terus lapor di talian 1-800-88-6800,” katanya.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment