Tuesday, March 24, 2015
Penulis Surat Layang Sila Tampil Ke Depan
24 Mac 2015 : BEBERAPA Ketua Cawangan UMNO yang sedang
bermesyuarat di seluruh negara, dilaporkan telah menerima surat layang
yang di dalamnya terkandung pelbagai maklumat palsu lagi mengelirukan
ahli akar umbi UMNO tentang 1MDB.
Isi kandungan surat-surat layang terbabit
pula, saling tak tumpah dengan beberapa laporan yang pernah disiarkan
di portal pro Pakatan Rakyat cuma diolah sedikit sebanyak untuk
disesuaikan dengan cara surat, termasuk teknik penceritaan yang lebih
banyak menimbulkan persepsi dari fakta serta kaitannya dengan 1MDB.
Antaranya dakwaan mengenai penglibatan
peniaga Jho Low, penglibatan 1MDB dalam bidang penjanaan tenaga dan
sebagainya. Semua ini sebenarnya dah dijawab oleh 1MDB, kerajaan dan
lain-lain yang berkaitan (termasuk Jho Low sendiri), tapi bukan semua
orang yang ingat pun, sangka mereka mungkin isu baru.
Niatnya hantar surat layang ni pun takdak lain selain nak kelirukan orang, bukan peduli mana pasal 1MDB dan negara.
Sebab itu yang ada dalam hanya dakwaan, bukan jawapan yang telah diberikan.
Ramai orang tahu tentang itu, cuma yang
penting nak sebut disini, dengan semua penjelasan di atas, selamatlah
untuk dikatakan bahawa Pakatan Rakyatlah dalang disebalik penyebaran
surat layang ini, takdak orang lain dah.
Jadi ketua-ketua cawangan UMNO yang
berkenaan, harap tidaklah terpedaya dengan dakyah yang seperti ini,
Dapatkanlah penjelasan dari sumber yang sahih seperti Bahagian dimana
cawangan berkenaan terletak.
Niat Pakatan guna teknik kuno ni begitu
jelas sekali, dia nak jatuhkan UMNO dari dalam sebab sejarah membuktikan
tidak ada siapa boleh menjatuhkan UMNO melainkan ahli-ahli UMNO
sendiri.
Pakatan pun tak boleh, sekuat mana punlah mereka seperti di dakwa. Dengan Anwar diluar pun gagal, Anwar di dalam apatah lagi.
Tapi dalam masa yang sama, kita mahu
siapa pun dalang di sebalik penulisan dan penyebar surat layang ni,
tampil ke depan dengan bukti bagi menyokong dakwaan dalam surat layang
yang berkenaan.
SPRM, polis dan Jabatan Audit Negara yang
sedang menjalankan audit ke atas 1MDB (seperti diarahkan Perdana
Menteri sendir), pasti mahu semua bukti berkenaan untuk membantu
melicinkan tugas mereka dan mengambil tindakan yang sewajarnya.
Main cara pengecut macam ini boleh buktikan apa? Bukan boleh bawa ke Mahkamah pun, mudah saja kira-kiranya.
Disediakan oleh : EDITOR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment