Tuesday, March 31, 2015

Lantang Pertikai 1MDB, GST Tetapi Pembangkang Menikus Dalam Parlimen

31 Mac 2015, Kuala Lumpur : Ahli Parlimen Pendang, Datuk Othman Abdul berkata, pihak pembangkang sebenarnya tidak ada niat untuk mengetahui kebenaran terhadap sebarang kritikan yang dilemparkan kepada kerajaan sebaliknya tindakan mereka itu adalah lebih kepada usaha menimbulkan persepsi negatif rakyat terhadap kerajaan.

Menurut beliau, apa saja isu yang dilontarkan atau yang diprovokasikan oleh pembangkang kepada rakyat berhubung tindak tanduk kerajaan telah pun diperjelaskan oleh pihak kerajaan baik di dalam parlimen, di media arus perdana mahu pun di dalam media sosial.

“Sebagai contoh, ketika Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Husni Hanadzlah menerangkan isu-isu yang dibangkitkan oleh pihak pembangkang berhubung dengan 1MDB dan juga GST, tetapi Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli yang membangkitkan perkara ini tidak ada dalam dewan. Seolah-olah nak lari dari kebenaran.

pakatan-pembangkang-luar-media-menang-sorak-menikus-dalam-dewan-parlimen

“Selama ini, beliaulah yang begitu lantang mempertikaikan 1MDB dan GST dengan mengeluarkan pelbagai kenyataan, tetapi bila kita bagi penjelasan dia pula tak masuk dewan. Bahkan, tidak ada mana-mana ahli parlimen PKR yang bangkit bertanyakan soalan selepas penjelasan Datuk Seri Husni.

“Sebab itu saya katakan, mereka ini bukanlah mahukan kebenaran daripada isu-isu yang dibangkitkan  tetapi ia hanyalah bermotifkan politik semata-mata untuk menimbulkan keraguan dan persepsi negatif rakyat kepada kemampuan kerajaan untuk mentadbir negara,” jelasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Jelas Othman, inilah sikap pembangkang yang mana apabila kerajaan memberikan penerangan dan penjelasan berhubung isu-isu yang dibangkitkan, mereka akan cuba untuk mencari isu lain untuk menyerang kerajaan dan UMNO.

Justeru, rakyat di negara ini harus berhati-hati dan menyelidik terlebih dulu sebarang maklumat dan isu yang ditimbulkan oleh pembangkang khususnya di dalam dunia media sosial hari ini, ujarnya.
“Apa yang mereka dakwa itu bagi saya tidak lebih hanyalah sebagai propaganda penipuan politik yang cuba mengkaburi pemikiran rakyat di bawah. Mereka cuba memperbodohkan rakyat demi kepentingan politik mereka.

“Golongan ini saya lihat tidak teragak-agak untuk memanipulasikan sebarang maklumat yang boleh mencemarkan imej kerajaan biarpun maklumat itu tidak mempunyai bukti yang sahih dan fakta yang betul. Apa yang penting bagi mereka ialah untuk wujud persepsi negatif terhadap kerajaan. Soal kebenaran jatuh nombor dua,” tegasnya.

Disediakan oleh : EDITOR

No comments:

Post a Comment