Saturday, March 14, 2015

PAS Kota Tinggi Calonkan Husam Musa Bagi Jawatan Presiden

Image result for husam musa

15 Mac 2015 : PAS Kota Tinggi mencalonkan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa bagi jawatan Presiden pada pemilihan parti itu, Jun depan.

Keputusan sebulat suara itu dibuat dalam mesyuarat agung kali ke-28 PAS kawasan itu hari ini, demikian menurut satu kenyataan.

Mesyuarat itu dirasmikan Anggota Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Mohamed Hanipa Maidin di Markas PAS kawasan itu di Taman Hijrah, Kota Tinggi.

Kenyataan tersebut dikirim kepada pemberita oleh Ketua Penerangan PAS Johor Onn Jaafar menerusi aplikasi WhatsApp, malam ini.

Pemilihan Jawatankuasa PAS Pusat diadakan setiap dua tahun dan bagi pemilihan jawatan peringkat pusat kali ini akan diadakan pada Muktamar Tahunan PAS ke-61 yang dijadualkan 1 Jun di Kuala Selangor, Selangor.

Dipetik daripada sumber : BERNAMA


1 comment: