Wednesday, March 11, 2015
UMNO Pecat Keahlian Shariff dan Fadzillah, Tanding Bebas PRK DUN Chempaka
11 Mac 2015, Kuala Lumpur : UMNO telah memecat keahlian Sharif Mahmood dan
Fadzillah Hussin berkuat kuasa serta merta berikutan tindakan mereka
yang bertentangan dengan keputusan parti iaitu bertanding sebagai calon
bebas dalam Pilihan Raya Kecil DUN Chempaka.
Sharif berdaftar sebagai ahli UMNO Cawangan RKT Kesedar Jeram Tekoh,
Gua Musang manakala Fadzillah pula dari Cawangan Kepala Batas, Tumpat.
Keputusan pemecatan ini telah dibuat melalui Jawatankuasa Pengurusan Majlis Tertinggi di bawah Fasal 20.10 Perlembagaan UMNO.
Surat pemecatannya telah dikeluarkan oleh Ibu Pejabat UMNO hari ini
yang ditandatangani oleh Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Tengku Adnan
Tengku Mansor.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment