Wednesday, March 25, 2015

Malaysia Insider Lebih Besar Dari Raja-Raja, Perdana Menteri dan Rakyat?

TMI 

25 Mac 2015 : Jika yang orang biasa melakukan pembohongan atau fitnah terhadap Majlis Raja-Raja Melayu sudah pasti individu tersebut telah diangkut oleh Polis untuk siasatan.

Namun laporan Malaysia Insider bahawa Majlis Raja-Raja Melayu menolak pelaksanaan Enakmen Syariah Jenayah Kelantan 2015 merupakan satu kesalahan yang sangat serius tetapi masih belum diambil sebarang tindakan.

Mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu menolak cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355, undang-undang persekutuan yang perlu dipinda kerajaan PAS Kelantan bagi membolehkan pelaksanaan hudud, menurut sumber.

Cadangan pindaan itu ditolak pada mesyuarat mereka 11 Mac lalu, yang dikatakan dihadiri semua Raja-raja Melayu atau wakil mereka.

Penolakan itu bermakna wakil kerajaan pusat tidak boleh lagi membawa usul meminda akta itu di Parlimen, sebagaimana rancangan asal Jawatankuasa Teknikal Hudud (JTH) yang dibentuk antara Putrajaya dan kerajaan Kelantan.

Menurut “roadmap” JTH, selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan meluluskan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 (Pindaan) 2015 atau EJSII, Majlis Raja-raja pula akan bersidang membincangkannya.

Suara TV melaporkan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM) , Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mendakwa laporan portal The Malaysian Insider itu adalah fitnah.

Beliau berkata portal tersebut perlu berhenti menyebarkan fitnah dan menarik kembali artikel tersebut yang disifatkan bertujuan untuk memecah-belahkan umat

“Ini bukan kali yang pertama portal tersebut melemparkan fitnah dan saya mengesa agar artikel tersebut di tarik serta merta.

“Saya difahamkan mesyuarat tersebut tidak pernah membincangkan berkenaan perlaksanaan hudud” ujarnya kepada SuaraTV sebentar tadi.


Malaysian Insider Enggan Betulkan Berita Fitnah Perdana Menteri

 

Pada petang tadi juga Pejabat Perdana Menteri Malaysia mendedahkan bahawa Malaysian Insider langsung tidak memberi memberi sebarang maklum balas atau reaksi kepada permintaan mereka supaya membetulkan laporan yang tidak benar mengenai ucapan Perdana Menteri.

Tiga hari lalu, Pejabat Perdana Menteri telah menghantar nota bantahan dan memohon pembetulan dibuat ke atas laporan Malaysian Insider yang menyebut Perdana Menteri Mohd Najib Razak menyatakan “Akta Hasutan diperlukan bagi menghalang pengganas.”

Sebaliknya ucapan Perdana Menteri yang sebenar ialah, “Akta Hasutan diperkukuhkan kerana mengutamakan keharmonian antara kaum dan agama.”

Namun permintaan Pejabat Perdana Menteri untuk membuat pembetulan tersebut langsung tidak diendahkan oleh Portal berita ini.

Kuasa Malaysia Insider?

Mykmu.net telah beberapa kali mendedahkan penipuan dan pembohongan Malaysian Insider. Namun sehingga kini tiada satu pun tindakan diambil ke atas mereka.

Siapakah di belakang Malaysian insider yang begitu kebal dan berkuasa sehinggakan mereka bukan lagi sekadar bebas melaporkan berita palsu dan separuh benar tetapi sudah ke tahap memfitnah Raja-raja Melayu dan Perdana Menteri?? Siapa?? Siapa??

Dipetik daripada : www. mykmu. net

No comments:

Post a Comment