Monday, March 23, 2015

Laungan Kata Dua Pas, Dap Dan PKR … Siapa Yang Lebih Bertaring?

17 Mac 2015, Kuala Lumpur : Jika sebelum ini Dap memberi kata dua akan menamatkan hubungan dengan Pas dalam pakatan pembangkang sekiranya kerajaan Pas Kelantan masih meneruskan usaha membawa usul rang undang-undang mengenai hukum hudud ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, kini Pas pula bertindak memberi kata dua bukan sahaja kepada Dap malah kepada PKR supaya bersetuju dengan langkah parti itu untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan jika tidak, kerjasama antara pakatan pembangkang terlerai.

pas retak
Ironinya, ketegasan yang ditunjukkan oleh Pas ini selalunya tidak kekal lama kerana pada penghujung cerita Pas akan tunduk kepada desakan rakan sekutu mereka dengan melakukan ‘u-turn’.

Menurut Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Bung Moktar Radin, telah banyak bukti menunjukkan ketegasan Pas tidak bertahan lama kerana apabila mendapat desakan demi desakan daripada rakan sekutu politik mereka, Pas akhirnya akan tunduk mengalah.

“Kita pemimpin UMNO memang menyatakan sokongan penuh terhadap perlaksanaan hudud ini namun saya sendiri hendak melihat sejauh mana Pas akan bertegas kali ini dan mengotakan apa yang telah diucapkan.

“Pas memang dikenali dengan sikap yang agak goyah bila terus diasak oleh Dap dan PKR. Mereka yang digelar sebagai kuda tunggangan di dalam gabungan pembangkang ini seakan takut untuk bersuara namun kali ini Pas kelihatan bertegas untuk membentangkan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan.

“Jadi, kita lihat sahajalah adakah Pas benar-benar sudah mengeluarkan taringnya ataupun sekadar keras pada awalnya dan cair dipenghujungnya,” ujarnya kepada UMNO-Online.

Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebelum ini bertindak memberi kata dua kepada Dap dan PKR supaya bersetuju dan menyokong dengan tindakan Pas mahu melaksanakan hudud di Kelantan.

Sekiranya Dap dan PKR tetap berdegil maka ikatan mereka itu akan terlerai dan bagi mengelakkan pakatan berpecah maka Dap dan PKR perlu menyatakan persetujuan terhadap Enakman Jenayah Syariah Kelantan. – MediaUMNO

80 (Ketegasan Pas  termasuk kata dua kepada DAP berhubung isu Hudud selalunya tidak kekal lama)

Oleh : Azlina Rosdy

No comments:

Post a Comment