Wednesday, March 11, 2015
Pereka Cerita Bohong Tentang 1MDB Tidak Akan Terlepas
11 Mac 2015 : BILA berturut-turut agensi penguatkuasa
seperti SPRM, PDRM dan sebagainya menyambut komitmen Perdana Menteri
untuk tidak menyembunyikan sebarang salah laku yang mungkin berlaku
dalam 1MDB, mengikut bidang kuasa masing-masing, ada bingai di luar sana
menganggap itu sahaja bukti bahawa 1MDB memang bermasalah.
Yang bingai-bingai ini tak perasan,
disebutkan di dalam semua kenyataan tersebut tentang “jika ada laporan
salah laku” serta “bukti dikemukakan”. Setakat hari ini hanya ada
laporan, tidak ada bukti sama sekali.
Tidak setakat itu, kenyataan Timbalan
Perdana Menteri mengenai 1MDB pun turut diputar belitkan sehingga
memberi persepsi seolah-olah beliau tidak bersetuju dengan 1MDB dan
Perdana Menteri. Walhal seperti dalam penjelasan Tan Sri Muhyiddin
semalam, kenyataan awal beliau tidak langsung berbeza dengan kenyataan
yang dikeluarkan oleh pejabat Perdana Menteri.
Jika pengalaman lepas diambil kira, semua
permainan persepsi yang seperti ini akan bertukar menjadi fitnah
berpanjangan, yang akan digunakan terutamanya oleh parti-parti
pembangkang dan segelintir yang mengaku UMNO tapi berhajat besar nak
menunjuk kerajaan apa yang perlu dilakukan.
Antaranya tu termasuklah yang berstatus
Ketua Penerangan Cawangan, meroyan sebab kecewa kalah pemilihan tahun
2013, tapi sebab susahnya nak cari pemimpin UMNO berkaliber menentang
Perdana Menteri, maka ketua penerangan cawangan pun, ketua penerangan
cawanganlah.
Penulis difahamkan, kebarangkalian ini
(persepsi menjadi fitnah) adalah antara pertimbangan yang diambil
perhatian serius oleh kerajaan dan 1MDB sendiri. Difahamkan, sudah ada
panel guaman yang ditubuhkan bagi meneliti setiap fitnah yang
dilemparkan terhadap 1MDB agar setiap dari mereka yang terbabit
memfitnah kerajaan dalam isu 1MDB selepas ini, akan diambil tindakan,
satu pun tidak akan terlepas.
Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri telah
memulakan langkah pertama apabila mengambil tindakan ke atas Tony Pua
dan Harakah kerana memfitnah beliau dan keluarga beliau dalam isu
berkenaan.
Saman itu penting kerana yang diputar
belitkan disitu bukan Najib atas kedudukan sebagai Perdana Menteri dan
Presiden UMNO, tapi sebagai seorang ayah dan suami. Nak lawan cara
politik, lawan cara politik, bukan sentuh peribadi dengan dakwaan yang
tidak benar. Saman itu pun semua orang tahu, berstatus peribadi, apa
nak kecoh?
Lagipun bukankah operasi standard
pembangkang ke kalau tak puas hati saman? Sekarang Perdana Menteri pun
guna operasi standard yang sama, apa nak melatah pulak?
Disediakan oleh : EDITOR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment