Sunday, March 29, 2015

Demo #KitaLawan Makin Suram & Kurang Sambutan

28 Mac 2015, Kuala Lumpur : Semasa himpunan #kitalawan di perkarangan Kompleks beli belah Sogo pada 7 Mac 2015 lepas portal pro PR melaporkan lebih 10,000 hadir walau hakikatnya jumlah sebenar sekitar 3,000 orang.

Hari ini di tempat yang sama berlangsung lagi himpunan serupa agaknya berapa puluh ribu pula jumlah kehadiran yang mahu dinyatakan? 5,000, 15,000 atau 20,000?

Berdasarkan pemerhatian rakan-rakan penulis di sekitar Sogo sekejap tadi angka kehadiran terhampir pun hanya sekitar 400 orang, itu pun termasuk orang ramai yang sekadar memerhati dari jauh.

Jumlahnya jauh berkurangan berbanding himpunan sebelumnya. Membuktikan orang ramai semakin muak dan bosan dengan siri himpunan demi himpunan yang tidak membawa manfaat kepada rakyat secara keseluruhan.

Paling melucukan apabila perarakan penyokong PAS dari Ibu Pejabat mereka di Jalan Raja Laut hanya di sertai beberapa belas orang sahaja termasuk AJK Pusat parti itu Khalid Samad & Dr Zulkifli Ahmad.

Dalam pada itu masih ada beberapa orang penyokong PR yang kurang prihatin apabila memperalatkan anak kecil untuk meramaikan himpunan ini.

Di bawah ini penulis kongsikan beberapa foto yang di rakamkan dari Pejabat PAS dan Kompleks Sogo.

Kitalawan - Pej Pas-1 Kitalawan - Sogo-6 Kitalawan - Pej Pas-2 Kitalawan - Sogo-1 Kitalawan - Sogo-2 Kitalawan - Sogo-3 Kitalawan - Sogo-4 Kitalawan - Sogo-5
kitalawan - ibu pej pas-3

Disediakan oleh : EDITOR

No comments:

Post a Comment