Wednesday, March 11, 2015
Malaysiakini Fitnah Tun Mahathir
11 Mac 2015 : Dakwaan Malaysiakini.com bahawa bekas Perdana
Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa dibatalkan Cukai
Barangan dan Perkhidmatan (GST) atau bakal kehilangan kerajaan adalah
tidak tepat dan menyeleweng dari maksud asal.
Tajuk “Batalkan GST atau hilang undi, kata Dr Mahathir” yang
dipaparkan oleh Malaysiakini merupakan satu kenyataan “mislead”. Ia
memberi gambara Tun Dr Mahathir tidak bersetuju dengan pelaksanaan
sistem cukai yang dipakai di 160 buah negara seluruh dunia pada masa
kini.
Apa yang berlaku ialah Tun Mahathir hanya menyatakan bahawa ia
bergantung kepada rakyat, jika mereka merasakan cukai sedia ada agak
membebankan, rakyat boleh memberi tahu kerajaan agar jangan mengenakan
cukai lain lagi. Jika kerajaan masih mengenakan cukai lain lagi, rakyat
boleh menukarkan”
Ini bermakna Tun Mahathir memahami realiti bahawa GST perlu dilaksanakan.
Beliau hanya berkata jika rakyat tidak berpuas hati dengan
sistem cukai yang agak menekan mereka, rakyat boleh memberitahu kerajaan
bahawa jangan mengenakan cukai lain lagi. Jika kenakan cukai lain lagi
kami tidak akan mengundi anda lagi.”
Langsung tidak ada dalam kenyataan Tun Mahathir bahawa rakyat tidak
akan mengundi Barisan Nasional jika kerajaan terus melaksanakan GST.
Malah, seperti pandangan Mahathir agar tidak dikenakan cukai
berlebihan kepada rakyat, kerajaan telah pun mengumumkan pengurangan
beberapa cukai lain bagi mengimbangi pengenalan sistem GST ini.
Dalam Bajet 2015 yang dibentangkan Okotober 2014, Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pengecualian cukai pendapatan
keluarga dengan pendapatan RM4,000 ke bawah. Ini membabitkan Ini
bermakna hampir 300,999 pembayar cukai.
Dalam Bajet 2015 juga struktur cukai pendapatan individu telah disusun semula bagi meringankan beban cukai ke atas rakyat.
Pendapatan bercukai pada kadar maksimum dinaikkan daripada melebihi
100 ribu ringgit kepada melebihi 400 ribu ringgit. Kadar cukai maksimum
pula dikurangkan sebanyak 2 % daripada 28 % kepada 26%.
Sementara itu, cukai syarikat pula turut dikurangkan sebanyak 1% kepada 24%.
Bagi syarikat kecil dan sederhana pula dikurangkan daripada 20% kepada 19% berkuatkuasa tahun taksiran 2016.
Manakala cukai koperasi melalui tahun taksiran 2015, juga akan dikurangkan sebanyak 1%.
Disediakan oleh : EDITOR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment