Friday, March 27, 2015

Serang Pegawai DBKL, Enam Peserta Protes Ditahan

khalid-dbkl 

27 Mac 2015 : Polis telah menahan enam aktivis, termasuk dua wakil rakyat, yang telah menganjurkan protes duduk berhampiran Dataran Merdeka.

Dua wakil rakyat itu ialah ADUN Simpang Pulai, Tan Kar Hing dan ADUN Teja, Chang Lih Kang.

Kekecohan berlaku apabila anggota penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil tindakan menurunkan beberapa kain rentang haram termasuk yang menggesa pemecatan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar telah melahirkan rasa kecewa dengan sikap kumpulan haram yang menamakan diri mereka KitaLawan ini kerana menyerang penguatkuasa yang menjalankan tugas.

Menurut Malaysiakini.com, inside tersebut berlaku pada kira-kira jam 12.30 tengah malam, beberapa aktivis dibawa ke seberang jalan sebelum dimasukkan ke dalam kenderaan polis.
Sebelumnya DBKL telah memberi amaran kepada aktivis di situ supaya beredar menjelang tengah malam tadi. Protes duduk itu bermula pada 21 Mac.

Sebaliknya, aktivis berkenaan menghantar mesej menggesa para penyokong datang ke situ untuk membantu melindungi kain rentang dan peralatan perkhemahan.

Jurucakap Kita Lawan, Mandeep Singh memberitahu Malaysiakini, sekiranya dihalau dari situ, mungkin esok mereka akan kembali dengan kain rentang yang lebih besar.

Dua malam lalu, Kita Lawan telah mengantung kain rentang besar di persimpangan antara Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Tun Perak.

Ia telah dibuang pagi semalam. Kita Lawan kemudian menggantung kain rentang yang lebih besar malam tadi.

Dipetik daripada sumber : www. mykmu. net

No comments:

Post a Comment