Monday, March 23, 2015
PAS Laksana Hudud, UMNO Pulak Yang Gaduh?
23 Mac 2015 : Pelik tapi benar, sepatutnya kita dibawah payung
gabungan parti terbesar, Barisan Nasional tak perlu bergaduh, tak perlu
berselisih faham atau bermasam muka kerana hudud. BN bukan hanya
bergantung pada satu parti, BN terhasil dari semua kaum dan membawa
agenda semua untuk disatukan dibawah satu nakhoda.
BN amat berbeza dengan Pakatan Rakyat. BN gabungan halal, bergabung
kerana mahu memerintah dengan lebih baik. PR pula bergabung semata-mata
untuk menjatuhkan BN.Bahkan sehingga kini PR masih tidak mendaftarkan
parti gabungan mereka dibawah satu bendera.
Jadi tak perlu kita nak bergaduh sesama sendiri diatas isu yang bukan kita keluarkan.
Ahli atau penyokong UMNO perlu bersabar dan melihat situasi
sekeliling, sebelum membuka mulut untuk membuat komen yang boleh
merosakkan keharmonian kaum. Isu agama memang sensitif namun tak perlu
kita nak melenting dan menuding jari disana-sini.
Kita sedia maklum, MCA dan Gerakan akan membantah jika hudud
dilaksanakan di Kelantan. Malah dua parti orang cina yang pro BN ini
bersedia membantah secara besar-besaran jika usul hudud dibawa ke
parlimen.
Begitu juga dengan Dap. Masing-masing nak jadi ‘hero’ kaum cina di
Malaysia.Kerana masih ramai kaum cina yang begitu takut dengan hudud.
Hinggakan Dap mengugut untuk keluar dari PR dan Pemuda Dap juga telah
menghentikan kerjasama mereka dengan Dewan Pemuda Pas didalam apa jua program.
Perselisihan faham di antara parti PR, tak perlu dijelmakan dalam BN.
Kita pun tahu Pas dan Dap mempunyai ideologi dan hala tuju yang amat
berbeza. Mereka sekarang boleh duduk semeja disebabkan mereka ada tujuan
utama yang satu. Iaitu mengalahkan BN dan memerintah Malaysia.
Sedangkan BN dah lama bersatu dan hanya perlu dibaikpulih bagi mengekalkan gabungan dan hubungan diantara kaum.
Sebab itu penulis merayu pada ahli dan penyokong UMNO, agar tidak
masuk campur dalam isu hudud. UMNO sudah pasti akan menyokong hudud,
jika MCA dan Gerakan menentang, itu hal mereka. Mereka mewakili kaum
cina, biar mereka buat kerja mereka dan kita buat kerja kita.
Sambil itu lebih baik kita perhatikan sketsa percuma yang sedang
dilakonkan oleh Pas dan Dap mengenai isu hudud ini. Apakah ianya hanya
suam-suam kuku. Atau sememangnya ia benar-benar terjadinya pepecahan.
Kita tengok kali ni siapa lebih kuat diantara roket dan bulan.
Disediakan oleh : EDITOR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment