Tuesday, March 31, 2015

Pakatan Yang Ada Ni Pun Haru, Nak Buat Yang Baru Pulak


kit-siang-300x200
30 Mac 2015 : ENTAH kenapa Penasihat DAP, Lim Kit Siang sibuk mencatur siapa nak jadi Ketua Menteri Sabah apabila Pakatan Rakyat Baru yang diangankannya tu menjadi kenyataan kelak di negeri itu.  Pakatan Rakyat Baru ini adalah antara lain menggabungkan ADUN-ADUN sedia ada dari BN yang menentang hudud.

Sebelum ini, Kit Siang juga memandai-mandai menamakan bakal Perdana Menteri Malaysia bila parti-parti bukan Islam dalam BN, bersama DAP tubuh kerajaan baru diperingkat persekutuan, seolah-olah menampakan yang ditentang ni bukan hudud tapi Islam.

Apa pun, itu cerita lain kali, ini tentang Pakatan Rakyat Baru yang nak ditubuh di Sabah tu.

Persoalannya, bagaimana Kit Siang nak ajak parti-parti komponen BN di Sabah, berkomponen dengan dia bila Pakatan Rakyat yang dok ada ini pun, bercelaru macam kepala otak Kit Siang juga?

3 parti baru, dah huru hara, memanjang bersetuju untuk tidak bersetuju sehingga di akhirnya tak tahu apa yang dipersetujui atau tidak, nak tubuh Pakatan politik baru di Sabah yang lebih banyak partinya?

Lebih penting lagi, dalam isu hudud ni siapa nak percaya DAP?  Dok kondem PAS macam-macam kerana nak laksana hudud tapi hubungan dengan PAS masih wujud.  Di Sarawak disuruh DAP sana keluar parti, di Semenanjung tak pulak, walhal itu juga DAPnya, Sarawak atau Semenanjung.

Dah sekarang nak buat Pakatan baru pula, oh, gila macam manakah ini?

Tak hairan kenapa mimpi Kit Siang jadi bahan ketawa pemimpin-pemimpin politik di Sabah.  
Dari nak buat havoc kononnya, langsung jadi bahan ketawa orang.

Sekarang baru penulis faham dari mana pepatah, “kalau tak bangang, bukan Pakatanlah namanya” itu datang.

Disediakan oleh : EDITOR

No comments:

Post a Comment