Tuesday, March 24, 2015

Krisis Air Selangor Bakal “Telanjangkan” Azmin Ali

azmin ali1
24 Mac 2015, Kuala Lumpur : Sejak Selangor ditadbir oleh Pakatan Rakyat, bermacam-macam musibah melanda negeri itu.  Kemelut yang silih berganti telah melemahkan Selangor sehingga ke tahap yang boleh menjejaskan ekonomi rakyat.

Apabila Azmin Ali mula memegang jawatan Menteri Besar Selangor, krisis yang melanda negeri itu semakin meruncing. Sebelum ini kita terpedaya kononnya Azmin Ali seorang individu yang berwibawa dan mampu memacu ekonomi Selangor.

“Don’t judge a book by its cover”. Rupa-rupanya indah khabar dari rupa.  Kegagalan Azmin Ali mengotakan janji dalam masa seratus hari pentadbiran beliau sebagai Menteri Besar Selangor merupakan “sumpahan” terhadap beliau.

Malahan beliau turut menjadi “bahan lawak” apabila isu longkang, sampah, aedes, jalan dan sebagainya disentuh. Lebih-lebih lagi apabila Azmin telah membatalkan dua kontrak besar yang telah dimaterai sejak zaman Khalid Ibrahim lagi.

Pada 16 Februari lalu, Mohamed Azmin mengumumkan pembatalan projek pembinaan Kidex atas alasan syarikat konsesi gagal memenuhi syarat-syarat ditetapkan.  Namun beliau mengubah kenyataan apabila menafikan pernah mengumumkan pembatalan projek pembinaan Lebuh Raya Kinrara-Damansara (Kidex) seperti diumumkan sebelum ini, sebalik­nya hanya membatalkan pembangunannya.

Selepas itu pula, Kerajaan Selangor membatalkan perjanjian penstrukturan air Selangor dengan Kerajaan Persekutuan. Kononnya keputusan itu dibuat kerana Kerajaan Persekutuan melanggar terma perjanjian pada September tahun lalu.

Ketidak wibawaan Azmin makin tercalar apabila kerajaan persekutuan mendedahkan bahawa kerajaan Selangor pimpinan Azmin gagal melaksanakan peruntukan tertentu yang dipersetujui. Ini termasuk kegagalan syarikat Air Selangor memindahkan aset air kepada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) bagi membolehkan PAAB menyediakan peruntukan RM1.68 bilion.

Peruntukan itu adalah bagi membantu kerajaan negeri menerusi Air Selangor mengambil alih syarikat konsesi air seperti Syabas, Puncak Niaga dan ABASS. Dengan kata lain kerajaan Selangor gagal menyelesaikan isu-isu berkenaan bagi membolehkan Perjanjian Utama itu dilaksanakan meskipun diberi tempoh lanjutan diberikan.

Kini krisis air Selangor “menghantui” rakyat lagi. Gangguan bekalan air tidak berjadual berlaku di beberapa kawasan di Selangor dan Kuala Lumpur sejak minggu lepas lepas ekoran penutupan Loji Rawatan Air (LRA) akibat pencemaran air mentah dan penutupan rumah pam.

Rakyat tahu bahawa pentadbiran Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali tidak menyediakan pelan tindakan bagi menghadapi masalah bekalan air di negeri itu. Azmin hanya memberi kenyataan retorik tanpa ada pelan tindakan konkrit bagi menghadapi masalah gangguan bekalan air terawat yang terlalu kerap berlaku sekitar Lembah Klang walaupun tiada masalah bekalan air mentah.

Azmin dilihat sebagai lembab dan tidak proaktif untuk menyelesaikan masalah gangguan bekalan air bersih. Beliau seolah-olah masih “berbulan madu”. Krisis demi krisis ini bakal “menelanjangkan” Azmin Ali satu persatu. Rakyat Selangor juga yang terpaksa menanggung kesengsaraan.

Dipetik daripada sumber : MYKMU.net

No comments:

Post a Comment