Tuesday, March 31, 2015

GST Barang Naik, Menteri Kata Tak Cukup Penguatkuasa!

31 Mac 2015, Kuala Lumpur : Dalam kekecohan peniaga tidak bertanggungjawab menaikkan harga barang, kononnya takut kena GST. Rakyat Malaysia menaruh harapan kepada ‘hero’ penguatkuasa KPDNKK bagi mengawal dan menjaga peniaga ‘biadap’ yang mengunakan alasan GST bagi terus mengaut keuntungan yang berlipat ganda.

Namun harapan rakyat Malaysia tinggal harapan.

Semuanya berpunca apabila Dato Sri Hasan Malek mengeluarkan kenyataan, bahawa Kementeriannya tidak cukup penguatkuasa untuk memantau peniaga yang menaikkan harga barang di seluruh Malaysia. Kenyataan itu sebenarnya umpama satu ‘bom’ jatuh diatas kepala seluruh rakyat Malaysia.

Penulis tahu bahawa beliau jujur dalam kenyataannya tu, tapi kenyataannya itu menyebabkan peniaga ‘biadap’ berasa gembira, kerana tidak akan ada orang boleh menganggu mereka mengaut keuntungan berlipat ganda. Sudah tentu mereka akan meneruskan perbuatan jahat dengan menekan rakyat Malaysia yang masih keliru diantara GST atau khianat peniaga memainkan harga pasaran.

Ia menyebabkan keadaan buruk, semakin teruk.

Keadaan sekarang menjadi umpama Ketua Polis memberitahu perompak, bahawa dia tak cukup anggota untuk menjaga negara. Sudah tentu kesempatan itu diperguna sebaik mungkin. Ia menyebabkan keadaan menjadi semakin teruk.

Seorang Menteri yang sangat berkait rapat dengan rakyat tak boleh mengeluarkan kenyataan yang mampu menganggu gugat kesejahteraan rakyat dan negara.

Apabila beliau mengeluarkan kenyataan tersebut, ia menyebabkan rakyat mula panik dan membeli belah seolah-olah akan ada perang besar bakal berlaku pada 1 April ini. Jika dilihat mereka membeli umpama beli barang untuk stok bagi 2, 3 bulan pun ada.

Malah kini ada pasaraya yang berani mengunakan kain rentang seperti ‘Jualan Sebelum GST’untuk mewujudkan rasa cemas dikalangan rakyat, dan pada masa yang sama, barangan yang ditawarkan mereka pun telah dinaikkan harga. Tanpa sedar rakyat diperdaya, peniaga kaut untung besar. Semuanya berpunca kerana ayat ‘Kementerian tak cukup penguatkuasa’

Image result for hasan malek

Sepatutnya perlaksanaan GST ni perlu dipandang serius oleh KPDNKK, bukan hanya melepas batuk ditangga. Jika Kerajaan Malaysia pandai mengambil hati rakyat, tatkala susah sekarang ni, percayalah mereka akan nampak kerajaan begitu mengambil berat, terhadap mereka.

Tapi kini jadi sebaliknya, orang akan kata kerajaan kejam kerana taraf hidup tinggi. Taraf hidup tinggi kerana harga barang naik, harga barang naik kononnya sebab GST, sedangkan belum pun ada GST, harga barang dah naik menggila.

Rakyat makin kecewa.. penyudahnya? Dah tentu kerajaan juga yang dipersalahkan. Jangan salah faham, penulis bukan nak salahkan kementerian berkenaan, namun itu hakikat yang sebenar.

Mampukah kita menjernihkan semula semua keadaan yang ada setelah GST dilaksanakan nanti? Kerana dibawah GST kita mampu memantau semua premis berdaftar dan peniaga tidak mungkin dapat menaikkan harga sesuka-hati kerana ia akan termasuk dalam rekod jualan beli-belah mereka yang akan dihantar kepada kerajaan.

Rasanya Kerajaan dan Kementerian yang berkaitan, perlu memikirkan sesuatu, untuk menyakinkan semula rakyat Malaysia terhadap pemantauan penguatkuasa. Kerana tidak mungkin rakyat boleh terima lagi dengan ayat “tak cukup penguatkuasa”.

Ayat itu boleh menyebabkan ramai rakyat Malaysia mengalirkan air mata. Cukuplah sekali.

Disediakan oleh : EDITOR

No comments:

Post a Comment