Tuesday, March 24, 2015

Mahfuz Patut Soal Pas Sebelum Tegur UMNO!

24 Mac 2015 : Seronok tengok permainan sesetengah pemimpin Pas yang meroyan ya amat apabila ada parti kompenan BN yang membantah hudud. Bila parti kompenan BN membantah hudud, mereka ini melompat ‘umpama beruk kena belacan’ tapi bila Dap hari-hari berzikir hina hudud, boleh pula mereka buat-buat tak nampak.
http://www.mykmu.net/wp-content/uploads/2013/11/mahfuz.jpg
Perjuangan Islam secara berpilih dan berpihak ni memang selalu diamalkan oleh pemimpin Pas. Jika parti lawan yang terlanggar atau membuat salah, pasti akan dikecam hebat, tapi bila mereka atau sekutu sendiri pula yang membuat kesalahan itu, tentunya akan dihalalkan dengan pelbagai cara.

Cerita ini bertambah menarik, apabila Mahfuz mempertikaikan kenapa UMNO tidak menegur Gerakan kerana membantah hudud. Kemudian akibat bantahan dari Gerakan itu, dikaitkan pula dengan sokongan 12 adun UMNO di DUN Kelantan, kononnya mereka semua hanya memberi sokongan politik atas usul hudud itu.

Penulis rasa susah bila kita bercakap dengan orang yang tak berapa nak cerdik ni. Lebih susah lagi kalau kita cuba nak fahamkan dia.

Mahfuz kena faham, Gerakan tu terdiri dari kaum cina dan bukan Islam, MCA pun sama, MIC pun sama. Kalau ada yang Islam pun, rasanya 1% pada ahli parti berkenaan. Jadi tak hairanlah kalau mereka ini menolak usul perlaksanaan hudud. Memang tak salah pun.

Tambah lagi, usul itu datang dari parti Pas, parti lawan mereka. Sudah tentu mereka wajib bantah dan tentang kerana mempertahankan hak kaum dan ideologi mereka. UMNO tidak membantah hudud, kerana UMNO memahami hudud dan menyokong kerana ianya berkait dengan agama. Sebagai seorang Islam, sudah tentu menyokong perlaksanaan hudud (undang-undang Islam).

Sepatutnya, Pas kena bersedia dulu dengan segala kemungkinan, sebelum membawa usul dan membentangkan perlaksanaan hukum hudud. Perkara ini sememangnya besar dan melibatkan ramai pihak, bahkan perlu untuk mengubal beberapa perkara di parlimen nanti.

Pas sudah tentu tahu ramai yang membantah jika mereka membawa usul hudud ini. Apa perancangan mereka jika dibantah? Masih teruskan atau hanya mengalah separuh jalan?

Mahfuz patut menyoal Pas Kelantan tentang perkara ini. Apakah mereka yang membawa usul hudud tanpa sebarang persediaan rapi? Kamu nak mencabar perlembagaan di parlimen nanti, dengan usul hukum hudud yang kontroversi, tanpa persediaan dan hanya berserah?

Ianya seperti Pas Kelantan hanya bermain politik dalam membawa usul hudud ini? 

Segalanya dibuat umpama melepas batuk ditangga.

Sepatutnya perlu ada perancangan lengkap, langkah demi langkah untuk menjayakan usul itu. Bagaimana nak kawal bantahan dari mereka yang bukan Islam, bagaimana pula nak pujuk mereka yang Islam tapi tidak menyokong hudud supaya tidak membantah dan bagaimana pula nak tukar tanggapan negatif mereka yang bukan Islam, menjadi positif terhadap hudud.

Sepatutnya Pas Kelantan kena fikir itu semua.

Jadi penulis fikir, Mahfuz Omar patut soal Pas Kelantan, kenapa diam bila usul mereka dibantah, apakah mereka hanya membentangkan usul hudud itu sekadar hanya memenuhi keperluan politik semata? Atau mereka benar-benar mahu hukum hudud dilaksanakan.
Mahfuz perlu soal si tukang bawa dulu, sebelum tanya orang yang menyokong.

Disediakan oleh : EDITOR

No comments:

Post a Comment