Tuesday, March 31, 2015

Mydin, Al Ikhsan Tidak Kenakan GST Kepada Pelanggan Mereka.

31 Mac 2015, Kuala Lumpur : Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan menggesa peniaga mencontohi syarikat runcit besar Mydin yang memutuskan untuk menyerap enam peratus Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

“GST sistem yang boleh claim cukai input 6 peratus. Kos niaga turun 6 peratus. SST (Cukai Jualan dan Perkhidmatan) tidak.

“Peniaga baik macam Mydin boleh serap GST 6 peratus itu!” tulisnya di Twitter.

IMG_1999
 
Beliau juga memuat naik gambar iklan Mydin yang menyebut bahawa mereka akan membayar kesemua enam peratus GST yang dikenakan kepada pembeli.

Ia memuatkan slogan “gerenti semua MyMydin tanggung”, “harga tak naik” dan “6 peratus GST kami bayar”.

Anggota Parlimen Pontian itu juga memuat naik beberapa status lagi bagi mewajarkan pelaksanaan GST bagi menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang akan bermula Rabu ini.

Tindakannya itu dilihat sebagai kempen di saat-saat akhir menjelang dua hari lagi GST diperkenal, lebih-lebih lagi ketika pelbagai pihak terus menyatakan bantahan mereka terhadap cukai itu.

Dalam pada itu syarikat Al Ikhsan yang menjual peralatan sukan pulak buat gempar dengan membuat pengumuman untuk tidak menaikkan harga barang jualan mereka biarpun dikenakan GST April nanti.

Penyebaran makluman mengenai perkara itu kian menjadi viral dilaman – laman media sosial dan sangat dialu – alukan oleh rakyat diperingkat bawahan terhadap tanggungjawab syarikat berkenaan.

Kedai menjual berbagai barang Mr DIY juga dipercayai tidak akan mengenakan gst kepada para pelanggannya. 

Kita berharap para pengguna bijak memilih kedai untuk mereka berbelanja.Kuasa di tangan para pengguna.

Disediakan oleh : EDITOR

No comments:

Post a Comment