Tuesday, March 31, 2015
Kit Siang Bukan UGUT Pas, Tapi Cabar UNDI Melayu!!
31 Mac 2015, Kuala Lumpur : Fuhh.. menyirap rasa hati bila baca kata-kata Kit
Siang si Penasihat Dap yang dulu, kini dan selama-lamanya (selagi hayat
dikandung badan). Kit Siang bercakap dia umpama Tuhan yang menentukan
kalah menang Pas pada PRU yang akan datang.
Walaupun ada betulnya undi Pas pada PRU yang lepas, banyak bergantung
pada undi kaum lain, tetapi DAP perlu ingat, Pas ketika itu ditolak
oleh kaum Melayu kerana Pas dilihat menjadi boneka DAP.
Melayu yang masih mengundi Pas (ketika itu) pun, sama ada dia
penyokong tegar, ataupun penyokong Anwarinas (kini nama PasMa). Sebab
itu Pas tewas teruk dibeberapa tempat tegar melayu dan Kelantan pun Pas
cuma menang tipis.
Kata-kata Kit Siang tu, penulis nampak ianya seperti cabaran pada
semua orang Melayu (yang benar berjiwa melayu Islam), bukan hanya pada
Pas sahaja.
Pernahkah Kit Siang fikir jika UMNO dan Pas bersama, undi melayu juga
akan turut bersatu? Mungkin ada 20% melayu yang sanggup jadi boneka
mereka, namun selebihnya akan bangkit bersama dan menolak DAP dan boneka
Melayu habis-habisan.
UMNO juga walaupun parti Melayu, namun masih mempunyai penyokong dari
kalangan kaum lain. Malah kita boleh percaya jika Melayu bersatu dan
kuat, kaum lain juga akan kembali menyokong pada mereka yang memegang
tampuk kuasa.
Jangan dikira undi Melayu sekarang, kerana waktu PRU 13 Melayu berpecah 3. Percayalah sejarah membuktikan segalanya.
Jangan ditanya dimana MCA, MIC dan Gerakan, kerana ketiga parti itu
dan parti komponen BN yang lain, akan tetap setia bersama BN jika UMNO
bergabung dengan Pas dan menjadi kuasa dominan.
Siapa lagi berani melawan jika Melayu Islam kuat? Tulisan ini bukan
bermaksud penulis rasis, tapi hanya geram membaca kata-kata Kit Siang.
Namun tak salah jika ianya benar berlaku, kerana itulah jalan sebaiknya jika Melayu mahu terus berkuasa dibumi Malaysia.
Disediakan oleh : EDITOR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment